Influencer terkenal, Isa Isarb mengumumkan pembatalan program yang diterbitkannya, Hero Teladan selepas program tersebut menerima kritikan daripada netizen.
Ia selepas salah satu klip daripada rancangan tersebut tular di media sosial dan menuai pelbagai respons daripada netizen. Menjengah ke saluran YouTube milik Isa, cabaran tersebut sudah berlangsung selamat 46 hari.
Menurut Isa, apa yang dibuatnya sebenarnya adalah satu cabaran untuk mencari siapa yang dapat tinggal di rumah (tempat cabaran berlangsung) selama 77 hari tanpa telefon pintar masing-masing. Berikut adalah penerangan penuh program ini;
“Program Hero Teladan adalah sebuah program di mana 12 orang akan duduk di sebuah rumah mewah yang dipenuhi dengan kamera bergerak sendiri yang akan mengawasi mereka 24/7. Mereka akan diberi tugas untuk diselesaikan. Program ini akan berjalan selama 77 hari. Setiap minggu pada hari Ahad, salah seorang akan tersingkir. Orang yang bertahan sampai minggu ke-11 dalam program ini akan memenangi hadiah duit tunai sebanyak RM40,000.
Proses penyingkiran akan dilakukan melalui undian dari para peminat dan undian dari para peserta di www.isarbvote.com. Untuk menunjukkan kepada semua peminat program ini, bahwaa program ini bukanlah skrip atau plan, kami akan menyiarkan secara langsung 24 jam keadaan rumah ini di saluran YouTube Cerita Hangat”.
Jadi apa yang dirakam dalam setiap episod adalah gelagat setiap peserta menghabiskan masa bersama bagi menamatkan cabaran tersebut.
@isaisarbofficial 🙏🏻
Isa juga akui salah kerana tidak mengasingkan peserta wanita dan lelaki serta membiarkan semua peserta tinggal serumah. Serta merta, semalam Isa menamatkan program Hero Teladan tersebut.
“Saya tidak mahu mereka tanggung rugi. Hadiah (wang kemenangan) akan diberi dan diagihkan kepada mereka. Rugi memang rugi besar. Lebih RM500,000 saya rasa.
“It’s ok. Saya akan buat bayaran dekat semua peserta, minta mereka balik dan minta maaf kepada semua. Insya Allah saya akan recover balik daripada kejatuhan. Doakan, terima kasih,” kata Isa.
Bagi pengikut setia Isa pula, mereka memandang perkara tersebut sebagai satu ujian buat Isa dan tidak mahu Isa down dengan penamatan program tersebut.
Latest post isaisab ni nak cancel clhallenge ni. But still, ada yg support and kata jangan kenselll? 😭😭😭😭 apebende siak ada dalam otak batch takde pmr spm ni? pic.twitter.com/4M1SArLxR0
— I ni seketul potato (@ohnanapotatona) May 18, 2024
Sebelum ini, tular satu klip peserta Hero Teladan menari sambil memakai kopiah dan footage peserta perempuan bangun tidur telah tular di mana netizen telah menegur bagaimana pihak Isa tidak membuat persiapan menyeluruh dalam menghasilkan program seperti itu.
Ada juga yang menyamakan program tersebut dengan sebuah program realiti popular satu ketika dahulu tetapi tidaklah sehingga meletakkan kamera di kawasan tempat tidur peserta perempuan.