Menteri Luar Israel Israel Katz dilaporkan merancang untuk memindahkan penduduk Gaza ke pulau buatan di tengah Laut Mediterranean.

Cadangan itu, yang dibentangkan semasa pertemuan dengan menteri luar EU di Brussels, kononya bertujuan untuk menstabilkan Gaza dengan Israel akan mengawal keselamatan wilayah terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut The Arab News, beliau turut membentangkan sebuah video pulau buatan yang lengkap dengan landasan kereta api yang menghubungkan Israel dengan Arab Saudi, Jordan, Bahrain dan UAE.

Beliau percaya pendekatan ini akan membuka pintu kepada peluang serantau dan menggalakkan inisiatif ekonomi dan kemanusiaan.

Katz pada mulanya mencadangkan idea itu pada 2011, termasuk rancangan untuk pasukan tentera antarabangsa untuk mengawal pulau itu sekurang-kurangnya satu abad.

Bagaimanapun, Eropah tidak menerima baik cadangan beliau kerana disifatkan seolah-olah seperti pemindahan paksa penduduk Gaza.

Pengkritik melihat idea itu sebagai kesinambungan terhadap percubaan Israel untuk mengusir penduduk Gaza, terutamanya semasa operasi ketenteraannya di rantau itu.

Sumber