Isteri Along Cham, menafikan dia menyonglap wang derma sumbangan awam bernilai RM100,000.
Sebelum ini Along Cham mendakwa isterinya, Afreena telah menyeleweng wang derma yang sepatutnya diserahkan kepadanya.
Menurut Along Cham, isterinya mempergunakan namanya untuk mengutip derma sumbangan membantu dia keluar daripada penjara.
Isterinya juga dikatakan telah meminta RM20,000 daripada Aaron Aziz untuk membayar ikat jamin suaminya. Namun Aaron Aziz telah menghantar cuma RM5,000 – angka yang ditetapkan mahkamah untuk ikat jamin Along Cham.
Along Cham menegaskan bahawa dia dan keluarganya sepatutnya berhak mendapat wang tersebut, namun tak sesen pun diberikan kepadanya.
Malah wang ikat jamin untuknya telah dibayar keluarga dan dibantu oleh Didie Alias.
Selain itu Along Cham menyatakan Afreena memberitahunya wang sumbangan itu digunakan untuk kegunaan harian dia dan anaknya.
Along Cham Dedahkan Isterinya Seleweng Dana Sumbangan Awam RM100,000
Namun anak Along Cham berada di bawah jagaan Didie Alias sepanjang dia berada di dalam tahanan.
Isteri Along Cham buat laporan polis
Afreena yang sebelum ini enggan memberikan sebarang komen, akhirnya tampil mempertahankan dirinya termasuk tuduhan menipu Aaron Aziz seperti didakwa Along.
Dia dilihat telah berkongsi gambar di IG Story menunjukkan dirinya berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada awal pagi Rabu – menurut laporan Beautifulnara.
Afreena menulis: “RM100,000 ‘seleweng’? Kebenaran akan ditegakkan.”
Afreena turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan seorang lagi individu yang pernah menjadi mangsa kepada wanita yang menggunakan nama Ika.
Menurut wanita itu, Ika telah banyak kali menipu orang ramai termasuk ahli keluarganya sendiri.
Wanita itu simpati dengan nasib isteri Along Cham atau nama panggilannya Feena, kerana turut menjadi mangsa kepada Ika.
Dia berkata: “Hai sayang. Saya kenal Ika tu. Saya pun pernah kena scam. Ramai dan kena scam dengan Ika ni.
“Ika ni perempuan bodoh, tu je boleh cakap. Keluarga dia sendiri pun dia scam. Semoga kamu tabah, peluk.”
Feena kemudian menulis bahawa, duit yang ada dalam akaunnya adalah duit dia sendiri. Dan duit derma tak ada sampai RM100,000 seperti didakwa Along Cham.