Nama bekas jurulatih Liga Super kembali menjadi perhatian selepas berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Baca Juga:

Menurutnya, pergaduhan berlaku di restoran di sini. “Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh bekas jurulatih tersebut ketika ini.

Sumber