Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah, mengakui bahawa hidung dia yang cantik itu adalah palsu.
Watie mengakui orang selalu komen tentang hidungnya ketika dia memuat naik gambar di media sosial.
Bercakap dalam satu podcast, Watie akhirnya tidak lagi berselindung memberitahu bahawa dia sudah enam kali membuat pembedahan hidung.
Watie dahulu tidak tahan dengan ejekan yang dia terima melabel hidungnya seperti bawang. Ketika bersekolah ada pelajar yang memanggilnya Fati bawang kerana hidungnya itu.
Tidak kurang juga yang menyamakan hidungnya yang penyek itu seperti hidung khinzir.
Watie berkata: “Sebenarnya hidung saya adalah palsu, dulu hidung saya memang penyek. Adik selalu cakap hidung saya macam bontot. Bila pergi sekolah, kawan buli dan ejek hidung macam bawang.
“Ketika sekolah saya seorang yang berkulit gelap. Dan selalu menagis apabila balik dari sekolah sebab kena buli. Ketika masuk sekolah menengah, lagi teruk saya kena buli.
Lantas dia memutuskan untuk membedahj hidungnya. Selain daripada alasan untuk kecantikan, Watie mengakui alasan utama adalah untuk kesihatan.
Watie mengidap sinus atau resdung yang teruk dan hidungnya sentiasa tersumbat. Sehinggakan kesakitan itu benar benar mengganggunya terutama sekali ketika melancong.
Dia pernah membedah hidungnya di Hatyai, Bangkok dan Korea Selatan. Dengan kos pembedahan kira kira RM5,000.
“Sehingga satu tahap saya berazam, apabila habis sekolah nanti saya nak kerja untuk kumpul duit. Dan apabila dah cukup duit, saya memang nak buat hidung, dan secara kebetulan saya memang ada resdung.”
Setakat ini sudah enam kali Watie membedah hidungnya dengan kos keseluruhan sekitar RM30,000.
“Itu belum masuk lagi perbelanjaan lain dan sebagainya,” tegas Watie dalam podcast yang sama.
Selain daripada ejekan yang diterima kerana hidungnya, rakan rakan di sekolahnya juga kerap mengejek Watie dengan gelaran Fati Limau atau Fati Pisang. Ini kerana ayahnya yang merupakan bekas tentera, mengusahakan kebun pisang dan limau pada masa itu.
Watie dan adik adiknya kerap membantu ayahnya menjual pisang dan limau di kawasan mereka termasuk ke kedai runcit berdekatan.