Isteri kepada pelawak dan usahawa, Shuib iaitu Watie memohon maaf di atas jenaka yang dianggap memperlekehkan kaum Orang Asli.

Ianya selepas Watie memuat naik video dengan menyamakan anak tirinya Uwais Alqarni seperti orang asli.

Watie menerima banyak kritikan dan teguran di atas hantaran yang dia buat. Namun isteri Shuib itu menyatakan bahawa dia tidak berniat menghina atau memperlekehkan orang asli sama sekali.

Sebaliknya dia menyatakan bahawa dia menyamakan Uwais yang tidak memakai baju seperti orang dulu kala. Di mana orang pada zaman dahulu juga tidak memakai baju.

Jadi, Watie menegaskan dia tidak pernah terfikir mahu mempersendakan orang asli seperti mana yang dituduh segelintir pihak.

Menerusi ruangan IG miliknya, Watie berkata: “Mummy dapat banyak direct message (dm) tegur mummy berkenaan video Uwais tu mummy sebut macam orang asli. Ianya sekadar gurauan dengan anak tirinya itu.

“Sejujurnya, tak ada langsung niat mummy nak menghina atau memperlekehkan.

“Cumanya dalam video tu Uwais kan tak berbaju sebab tu mummy samakan macam dalam gambaran seperti orang dahulu kala,” kata Watie.

Watie turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah melenting dengan segala komen kritikan ke atasnya selama ini. Dan kagum dengan pengikutnya yang selalu menjaga bahasa dan adab ketika berkomen.

Watite menambah: “Mummy rasa followers mummy pun tahu selama ini mummy sangat menjaga tutur bahasa mummy.

“Walaupun yang mana kecam mummy sebelum ni pun tak pernah mummy marah, berbalas.

“Maaf kalau ada yang terasa. Tapi, Insya-Allah, mummy tahu niat mummy dalam berbahasa.”

Isteri Shuib Mohon Maaf Dan Nafi Persenda Orang Asli