Isteri Shuk Sahar dakawa kehidupannya selepas berkahwin dengan pelawak itu adalah lebih sukar berbanding ketika dia masih bujang.

Fara Salleh – isteri Shuk Sahar – menggemparkan pengguna Threads dengan beberapa siri luahan di platform itu.

Fara menjelakan sebelum dia berkahwin dengan Shuk Sahar dia tinggal di kondominium 3 bilik.

Dan tak pernah merasa sengkek ketika menunggu pendapatan hujung bulan. Paling tidak pun ada RM1,000 dalam akaun sementara menunggu gaji.

‘Ada Sebab Rahsiakan’ – Shuk Sahar Mengaku Sudah Berkahwin Dengan Fara Salleh November 2023

Itupun selepas berbelanja besar seperti membeli belah setiap 2 minggu sekali dan membeli barangan berjenama.

Dan kini menurutnya, semuanya tidak ada lagi. Dia bergelut dengan komitmen kira kira RM2,000 yang dia bawa sejak sebelum kahwin lagi.

Isteri Shuk Sahar akui berdepan masalah kewangan

Bezanya sekarang, dia dah tak mampu untuk membeli barangan mewah dan kerapkali dalam akaun bank tinggal berpuluh puluh ringgit sahaja.

Fara Salleh
Foto: IG Fara Salleh

Fara Salleh berkata: “Sebelum kahwin saya stay condo 3 bilik, ada kereta sendiri, ada kerjaya. Setiap dua minggu sekali Shopping, mampu beli handbag kasut berjenama, bercuti dengan kawan-kawan.

“Hujung bulan kalau nak tunggu gaji paling sengkek pun mesti ada balance RM1,000.00.

“Sekarang tak mampu dan tak ada dah semua tu. Dan banyak kali dalam akaun cuma tinggal RM30, RM50. Struggle gila dengan komitmen yang aku sedang galas darii sebelum kahwin RM2,000 tetap sehingga ke hari ini.”

isteri shuk sahar

Fara Salleh kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan kepadanya.

Dan dia terkilan dengan pihak yang datang dan terus untuk cuba menghakimi dirinya, hanya dengan penilaian di media sosial.

Isteri Shuk Sahar itu menambah: “Terima kasih pada yang bagi kata kata semangat aku doakan korang semua baik baik je. Untuk yang datang nak judge aku semata mata. Sila berambus.

“Korang tak layak nak Judge aku base on what u guys see in sosial media.”

Ramai yang menasihati Fara Salleh untuk tidak terlalu terbuka berkongsi masalah rumah tangganya di media sosial. Lagipun menurut mereka, sebelum ini dia sendiri yang sukakan Shuk Sahar ketika suaminya itu dahulu masih bergelar suami orang.

Fara Salleh Shuk Sahar
Foto: Rotikaya