Berhutang dengan ah long bukanlah satu perkara yang akan diakhiri kisah indah. Ramai yang akan kecundang dihantui mereka.

Baru-baru ini seorang lelaki telah meluahkan kepada X.com @meinmokhtar yang mana dia perlu dapatkan RM17,000 dalam masa tiga hari.

Baca Juga:

Dia meminta orang ramai membantunya mendapatkan sebarang agensi yang boleh memberikan wang sebanyak itu, selain ah long.

Urgent nak pakai RM17,000 dalam masa tiga hari. Tolong kongsi bank, aplikasi atau sebarang pinjamam yang senang lulus CTOS rendah komitmen tinggi.

“Kecuali ah long, sebab isteri saya hutang ah long saya jadi terjerat macam ini,” luah lelaki berkenaan.

Tambahnya lagi, dia sudah habis maksima sampai mengeluarkan wang daripada simpanan sendiri.

Bagaimanapun ia tetap tidak dapat membayar hutang-piutang yang isterinya telah buat kepada ah long.

Menerusi maklum balas warganet, ramai memintanya supaya tidak menambah hutang lagi.

Orang ramai turut meminta lelaki tersebut untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi bertauliah bagi menyelamatkan mereka.