Untuk mengabadikan momen indah seperti pre-convo, ramai memilih untuk mencari lokasi yang estetik dan Instagramable untuk tampil unik.

Baru-baru ini, seorang individu telah menyoal tentang khabar angin yang mana sebarang aktiviti pengambaran di kedai peruncit buku terkemuka iaitu BookXcess mula dikenakan caj.

Menerusi Threads, ishootconvo berkata “Dengar cerita nak photoshoot dekat BookXcess Lalaport kena bayar RM300, betul ke?

Susulan menjadi heboh di media sosial tentang perkara itu, pihak BookXcess telah tampil memberikan respon dalam menjawab persoalan yang tular itu.

“”Benar, dan ia bukan hanya untuk BookXcess LaLaport sahaja, tetapi juga merangkumi semua cawangan kami… Sumbangan RM300 ini bertujuan untuk membantu menyokong operasi kedai kami dan membolehkan kami meneruskan sesi penggambaran di lokasi BookXcess pilihan anda dengan lancar.

“Sumbangan RM300 tersebut boleh dipilih sama ada untuk pembelian buku secara pukal (group purchase) atau dalam bentuk baucar tunai (bernilai RM300) di kedai kami,” jawabnya.

Persoalan yang bermain di dalam fikiran ramai akhinya terjawab dan ramai meluahkan rasa berpuas hati dan percaya ia jumlah yang adil serta berbaloi untuk mereka yang berminat.

Anda hanya perlu membelanjakan RM300 untuk pembelian buku  secara pukal di dalam satu resit atau dalam bentuk baucar tunai di mana-mana cawangan BookXcess.

Di samping itu, ramai berpendapat dengan bayaran sejumlah itu memberikan nilai yang berbaloi kerana mendapat buku dan peluang merakam momen indah di dalam kedai buku itu yang serba estetik dan cantik.