Berita mengenai pembukaan kedai buku 24 jam terbesar pertama pastinya mengujakan semua pihak terutamanya peminat tegar koleksi buku bacaan. Namun di sebalik keterujaan itu, terserlah sisi buruk yang menunjukkan tahap ketamadunan pengunjung.
Menurut perkongsian saudari @SyarahBasirah di laman sosial Twitter menunjukkan buku-buku yang dibaca ditinggalkan begitu sahaja di atas meja tanpa dipulangkan semula ke tempat asalnya.
Lihat sahaja timbunan buku-buku ini.
https://twitter.com/SyarahBasirah/status/1002999668618358784
Bukan itu sahaja, plastik buku juga dikoyakkan padahal di situ tersedia buku contoh untuk bacaan pengunjung sebelum membeli buku-buku disitu.
https://twitter.com/SyarahBasirah/status/1003123961205387264
Tweet tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter yang lain. Berikut antara respon daripada pengguna Twitter mengenai isu ini yang juga kesal dengan sikap sesetengah pengunjung.
https://twitter.com/ridzuanahmd/status/1003021659542937601
https://twitter.com/ftmhaha/status/1003032388245413888
First Class Facilities, Third Class Mentalities https://t.co/JdHd60v6nV
— ko-hi ☕️ (@kohidarkku) June 3, 2018