Baru-baru ini, tular di laman media sosial satu video yang menunjukkan kanak-kanak dalam lingkungan usia 10 tahun bertindak agresif dalam satu perlawanan bola sepak di peringkat akar umbi.
Dalam video yang tular, kanak-kanak tersebut dilihat cuba untuk mencederakan pemain lawan dengan memukul dan melakukan terjahan keras sekaligus melahirkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia.
Baca Juga:
- Lutut Bertemu Keting, Pemain Amatur Ini Patah Kaki
- Kim Pan-gon Sukar Terima Kenyataan, Sebak Lihat Faisal Halim
- Cap Jari Di Lokasi Simbah Asid Faisal Halim Tiada Rekod Dalam JPN
Tournarment bawah umur dah perangai mcm ni. Yang ref dah kenapa x bagi card merah, still bagi main. Yang coach still bagi main jugak walaupun player no 4️⃣ ni dari mula dah perangai mcm tu. pic.twitter.com/keiQMTcsPm
— Hal Ehwal Pengadil (HEP) (@pengadilbola) June 2, 2024
Perkara ini terus mendapat perhatian ramai pihak dimana tidak sedikit yang mengkritik dan melontarkan komen berbaur makian terhadap pemain itu dan juga ibu bapa serta ketua jurulatih pasukan berkenaan.
Akan tetapi, salah seorang jurulatih di peringkat akar umbi iaitu Shazwan Wong mempunyai padangan lain mengenai kejadian yang berlaku dan orang ramai tidak sepatutnya memberikan komen negatif terhadap kanak-kanak tersebut.
“Kamu semua kecam budak itu bagai tiada hari esok, caci maki pun ada tapi jelas budak ini mempunyai masalah yang serius dan memerlukan bantuan. Tiada jurulatih dan ibu bapa yang normal akan menggalakkan perkara seperti itu. Seorang budak yang normal tidak akan bertindak sebegitu. Tengok tantrum dia selepas diberi amaran pun sudah tahu.
“Bagi jurulatih pasukan, mungkin kekurangan pengalaman dalam mengendalikan situasi seperti itu tidak membolehkan beliau untuk mengawal budak itu. Saya pernah melatih kanak-kanak dengan keperluan khas. Ada benda kecil yang boleh menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan.
“Yang dengar cakap alhamdulillah. Ada juga yang ambil pen, alat yang kita pegang dan dia akan campak. Pendapat saya, budak ini mempunyai masalah dan perlukan bantuan bukannya caci maki dari kalian,” katanya.