Penyanyi antarabangsa berasal dari Malaysia, Yuna telah menjelaskan tentang tuduhan bahawa dia menayangkan rambut dia kepada umum.
Menurut Yuna, itu adalah topi bulu, bukannya rambutnya. Oleh kerana gambar tersebut menarik perhatian umum, Yuna menggunakan kesempatan yang ada untuk mempromosikan tentang kempen kemanusiaan di Gaza.
Baca Juga:
- Yuna Akui Ulang Alik Malaysia Amerika Sebulan Sekali
- Selepas Yuna, Kini Dolla Pula Hiasi Papan Iklan Tersohor Di New York Times Square
- ‘Tiada Siapa Mahu Dengar Lagu Inggeris Kau’ – Yuna Pernah Dipandang Rendah Sebelum Berjaya Di AS
Dan Yuna juga memberitahu bahawa, mulai sekarang, dia hanya akan bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan dan pereka bebas untuk berkolaborasi.
Yuna turut mengutamakan mereka yang berani bercakap soal Gaza. Kerana Yuna sedang giat bersuara tentang isu kemanusiaan rakyat di sana yang sedang bertarung nyawa siang dan malam kerana serangan daripada negara haram.
Yuna tampil menulis di Instagram menjelaskan perkara itu: “Itu bukan rambut saya. Dan sekarang ini saya telah menarik perhatian kamu, maka jangan berhenti untuk bercakap soal ‘tembikai’ [merujuk kepada warga Palestin].
“Seperti yang segelintir daripada kamu sudah pun tahu, saya telah memutuskan bahawa saya hanya akan terlibat dalam peragaan fesyen melibatkan jenama tempatan, pereka bebas, atau pereka fesyen yang bercakap tentang Gaza, bermula sekarang ini.
“Saya menulis lebih banyak lagi tentang perkara ini di hantaran blog saya, dan akan dimuatnaik di laman Yunationals esok. Kamu dialu alukan untuk membacanya. Jadi sila langgan. Terima kasih kepada Eh Malaysia dan pasukannya kerana memberikan peluang kepada saya dan memahami.
“Kepada pereka fesyen tempatan dan bebas, ayuh berhubung dan bersinar.”