Ceritakan tentang persembahan Yuna kelak di Supalapa yang akan berlangsung di RESORTS WORLD AWANA, GENTING HIGHLANDS pada 2 dan 3 Mac ini.

YUNA: Persembahan saya akan berlangsung dalam durasi 1 jam. Sebenarnya persembahan kali ini macam sambungan kepada show Yunaverse tempoh hari. Ada set lagu yang sama cuma sebab masa untuk festival pendek sikit jadi kita cuba untuk compress untuk 1 jam. Ada penari & saya akan bawakan lagu baru dan lama. Saya rasa ecxited membuat persembahan untuk peminat di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ada kejutankah di Supalapa kelak?

YUNA: Kejutan mungkin kepada siapa yang tak pergi Yunaverse tempoh hari, akan jadi kejutan buat anda. Tak boleh reveal banyak. Hopefully a fun show for everyone.

Gementar atau lebih pada excited setiap kali membuat persembahan?

YUNA: Bila buat persembahan, confirm akan gementar. Saya sudah 15 tahun membuat persembahan tetapi setiap show is a different & unique show. Tak boleh samakan sebab bagi saya bila say perform, ada yang tak pernah tengok. Kali pertama buat mereka. Saya nak bagi a good 1st impression buat mereka. Gementar kat situ.. lepas tu dah ok.

Bagaimana control gementar tersebut?

YUNA: Satu trick yg ramai artis buat sebelum show ialah warm up dan makan pisang sebab pisang bantu untuk relakskan diri dari gementar.

Balik ke Malaysia setiap bulan, penat tak?

YUNA: Sudah biasa. Saya sudah 12 tahun di US. Memang banyak kali saya balik ke KL, kalau boleh nak balik sebulan sekali . Selalunya once every 3 month saya balik tapi Alhamdulillah , di KL banyak event. Jadi sekarang sejak Oktober saya balik setiap bulan. Alhamdulillah, saya ambil vitamin, minum air, makan makanan sihat, saya Ok dan sihat dan bersedia untuk memberi persembahan.

Masih menerima tawaran di Malaysia & kenapa?

YUNA: Kalau ada persembahan di Malaysia, kalau peluang itu bagus untuk saya, saya akan terima. Saya cari peluang untuk balik KL dan buat persembahan di Malaysia. Bila ada tawaran dan memadai serta bagus untuk saya, saya akan ambil.

Apa yang dipelajari di setiap festival muzik yang dihadiri untuk membuat persembahan? Kerana setiap festival mempunyai ambience dan vibe yang berlainan.

YUNA: Kalau macam di luar negara, saya suka tengok persembahan artis serta set up mereka. Contoh macam Cocahella, set up time mereka hanya 15 min, macam mana mereka nak buat dalam masa yang diberikan dan ia berjalan lancar dan smooth. Itu sangat penting. Hopefully satu hari kita di Malaysia akan begitu kerana kita ada banyak bakat . Banyak sound guys, sound technical yang talented dan saya akan hire orang yang sama. New generation pun akan more talented. Saya juga suka tengok artis kerana the way they prepare themselves pun berlainan. Saya pun akan buat persembahan berlainan di setiap festival . Saya perlu jadi fleksibel kalau buat persembahan di festival. Festival is a good time to learn and have fun. Tiada pressure to be perfect.

Ada particular lagu yang dibuat festival?

YUNA: Festival vibe lain, kita dapat fans baru dan mereka nak lagu yang festive sikit. The one song yang saya akan nyanyikan di festival dan saya rasa best ialah Forever More. Lagu itu sangat-sangat festival.

Untuk maklumat lanjut dan cara-cara untuk membeli tiket, boleh terus layari laman sesawang Supalapa di sini.