Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa saspek yang juga pegawai kanan polis yang melanggar pelajar sehingga maut, akan didakwa esok.

Saspek akan didakwa atas kesalahan membunuh, menurut kenyataan itu lagi setelah mendapati ada keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Majoriti

Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan pejabat tersebut pada 17 Disember 2023, menyatakan:

PENDAKWAAN TERHADAP KES KEMALANGAN MAUT DI
IPOH, PERAK

“Jabatan Peguam Negara (“Jabatan ini”) merujuk kepada kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada 15 Disember 2023 berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Jalan Taman Jati 1, Ipoh, Perak (“SMK Jati”) di antara sebuah kereta yang dipandu oleh seorang Pegawai Kanan Polis (“saspek”) dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang pelajar SMK Jati yang menyebabkan kematian pelajar yang berumur 17 tahun tersebut.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam Kertas Siasatan, Jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap saspek.

“Justeru, saspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pada Isnin 18 Disember 2023. Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan.

Dalam perkembangan sebelumnya, Polis masih memerlukan bantuan saksi kejadian yang ada bukti rakaman kamera papan pemuka atau kamera litar tertutup untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Negara sebelum ini sudah berikrar bahawa kes ini akan disiasat secara telus dan tiada kompromi walaupun melibatkan mana mana pegawai polis berpangkat tinggi sekalipun.

Polis Masih Cari Bukti Rakaman Dashcam Insiden Langgar Calon SPM Sehingga Maut