Jabra baru-baru ini telah melancarkan TWS baharu yang didakwa paling tahan lasak di dunia setakat ini. Nama diberi Jabra Elite 8 Active yang mana kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
Jabra Elite 8 Active ini disasarkan kepada pengguna yang aktif sukan lasak serta aktiviti senaman di outdoor. Mari kita lihat spesifikasi serba ringkas berkenaan Jabra Elite 8 Active yang baru dilancarkan di Malaysia.
Baca Juga:
- HUAWEI FreeBuds Pro, Fon Telinga Minimalis Dengan Pembatalan Hingar Aktif
- Lebih Premium Dan Pintar, Nothing Ear (2) Sedia Tawarkan Audio Yang Berkualiti Tinggi
- Fon Telinga Ini Direka Buat Mereka Yang Kerap Bersukan Pada Waktu Malam
Jabra Elite 8 Active
Jabra Elite 8 Active hadir dengan pemacu audio 6mm yang menyokong codec SBS dan AAC. Dalam memberikan kepuasan audio yang mantap, fon telinga ini menyokong Spatial Sound by Dolby.
Elite 8 Active dilengkapi dengan Adaptive Hybrid Active Noise Cancellation (ANC) untuk prestasi ANC yang dioptimumkan secara automatik dan teknologi Wind Neutralizing HearThrough untuk mengurangkan gangguan angin tanpa mengganggu bunyi lalu lintas.
Seperti yang didakwa, fon telinga ini telah diuji dengan cemerlang untuk ketahanan dan kesesuaian bagi memenuhi standard tentera Amerika serta lulus ujian kelembapan, suhu tinggi, hujan dan ketinggian.
Tubuh setiap fon telinga juga dibina untuk tahan lasak dan menyokong penarafan kalis air IP68. Malah, ia juga kedap air hingga kedalaman 1.5m di samping boleh mengekalkan kualiti bunyi yang hebat menerusi Dolby Audio.
Terdapat enam mikrofon terbina untuk ANC dan juga kualiti panggilan telefon yang jelas. Elite 8 Active menggunakan Bluetooth 5.3 LE yang boleh ditambat pada dua peranti serta sokongan Google Fast Pair, Google Assistant, Spotify Tap dan Microsoft Swift Pair.
Bercakap tentang bateri, anda boleh menggunakan fon telinga ini selama lapan jam dengan pengaktifan ciri ANC. Kawalan TWS ini boleh dilakukan pada aplikasi Jabra Sound+ untuk Android dan iOS.
Harga
Dengan spesifikasi yang serba mantap, fon telinga Jabra Elite 8 Active bakal ditawarkan pada harga RM1,049 dengan pilihan warna Caramel, Navy dan Dark Grey.
Anda boleh lawati laman rasmi Jabra untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan Elite 8 Active ini.