Baru-baru ini seorang lelaki berusia 75 tahun menjadi bualan ramai apabila video beliau menjual nasi lauk campur pada ‘Harga Rahmah’ dengan menggunakan kereta Proton tular di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan oleh TikTok @freemalaysiatoday, difahamkan Mohammad Sharif sudah 11 tahun berkecimpung dalam perniagaan nasi campur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kemahiran memasak itu beliau dapat daripada ayahnya yang turut menjual makanan di kampung mereka di Johor.

@freemalaysiatoday

Get To Know: Pakcik’s car turned nasi campur stall For the past 11 years, 75-year-old Mohammad Sharif’s mixed rice, served straight from his car near Wisma Consplant in Subang Jaya, Selangor, has been a hit. Shot by: Mohd Afzal & Muhaimin Marwan Presented by: Theevya Ragu #FMTLifestyle #GetToKnow #NasiCampur #MohammadSharif #CarStall #Malaysiafyp #malaysiatiktok #fyp #makananviral #makanlokal #foodietiktok

♬ original sound – Free Malaysia Today – Free Malaysia Today

Menerusi komen-komen yang dikongsikan oleh netizen di TikTok @klfoodie dan @freemalaysiatoday, rata-rata ramai yang memuji masakan ‘Pak Cik Mohammad Sharif’ itu. Mereka mengakui memang masakannya sedap.

Pada masa yang sama orang ramai mendoakan kesejahteraan kepada beliau agar terus diberikan kekuatan untuk terus menyediakan pelbagai masakan nasi campur pada ‘Harga Rahmah’ — sepinggan nasi, ayam, dan sayur hanya berharga RM5, petik Free Malaysia Today.

Antara komen yang mencuri tumpuan – “Terima kasih pak cik buat makanan harga berpatutan, saya tidak mempunyai duit mencukupi untuk makan tengah hari semasa saya mendapat kerja pertama saya di Wisma Cosplant’.

Sumber Gambar: TikTok @freemalaysiatoday
Sumber Gambar: TikTok @freemalaysiatoday

Apabila ditanya adakah beliau berminat untuk membuka restoran dengan populariti yang beliau ada — Mohammad Sharif menyatakan beliau tidak mempunyai minat dan niat untuk berbuat sedemikian.

“Saya tak minat sangat. Saya lebih suka saya di sini. Bermulanya saya di sini dan kalau boleh saya mahu berakhir di sini juga,” terang Mohammad Sharif kepada Free Malaysia Today.

Jika anda sendiri mahu mencuba keenakan masakan Pak Cik Mohammad Sharif, bolehlah cuba sendiri di Wisma Cosplant, Subang Jaya pada setia hari Isnin hingga Khamis, 11.30 pagi-1.30 petang.