Tumpuan peminat sepak takraw tanah air selepas ini akan beralih ke saingan STL Champions Cup 2025 yang akan bermula petang esok di Karisma Arena, Seremban.

Senarai 10 pasukan yang bakal bersaing juga sudah diketahui dengan kehadiran lima pasukan dari luar negara.

Baca Juga:

Tuan rumah yang juga merupakan juara dua kali berturut-turut, Negeri Sembilan Antlers pastinya mengimpikan satu lagi kejuaraan STL Champions Cup untuk dijulang.

Jadual Penuh Perlawanan STL Champions Cup 2025

Dibarisi Haziq Hairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan dan Zulefendi Sumari, Negeri Sembilan Antlers telah diundi satu kumpulan bersama Perak Bison, Johor Tigris, STFI India Fighters dan MGPC Singapore.

Manakala kumpulan B bakal menampilkan persaingan antara Kuala Lumpur Thunder, Melaka Titans, Japan Sepak Takraw, KSTA Korea Goyang Team dan Ratchaburi Takraw Club.

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi STL Champions Cup 2025:

STL Champions Cup 2025

Hari Pertama (3 September 2025 – Rabu)

1) MGPC Singapore lawan Johor Tigris – 2.30 Petang

2) STFI India Fighters lawan Perak Bison – 3.00 Petang

3) KSTA Korea lawan Kuala Lumpur Thunder – 5.30 Petang

4) Melaka Titans lawan Ratchaburi Takraw Club – 8.00 Malam

5) Negeri Sembilan Antlers lawan MGPC Singapore  – 9.30 Malam

Hari Kedua (4 September 2025 – Khamis)

1) Ratchaburi Takraw Club lawan Japan Sepak Takraw – 2.30 Petang

2) Perak Bison lawan Johor Tigris – 4.00 Petang

3) Negeri Sembilan Antlers lawan STFI India Fighters – 5.30 Petang

4) Melaka Titans lawan KSTA Korea – 8.00 Malam

5) Kuala Lumpur Thunder lawan Japan Sepak Takraw – 9.30 Malam

Hari Ketiga (5 September 2025 – Jumaat)

1) KSTA Korea lawan Ratchaburi Takraw Club – 3.00 Petang

2) STFI India Fighters lawan MGPC Singapore – 4.30 Petang

3) Japan Sepak Takraw lawan Melaka Titans – 6.00 Petang

4) Johor Tigris lawan Negeri Sembilan Antlers – 8.00 Malam

5) Ratchaburi Takraw Club lawan Kuala Lumpur Thunder – 9.30 Malam

Hari Keempat (6 September 2025 – Sabtu)

1) MGPC Singapore lawan Perak Bison – 2.30 Petang

2) Japan Sepak Takraw lawan KSTA Korea – 4.00 Petang

3) Johor Tigris lawan STFI India Fighters – 5.30 Petang

4) Kuala Lumpur Thunder lawan Melaka Titans – 8.00 Malam

5) Perak Bison lawan Negeri Sembilan Antlers – 9.30 Malam

Hari Kelima (7 September 2025 – Ahad)

Separuh Akhir 1 – 1.00 Petang

Separuh Akhir 2 – 2.30 Petang

Penentuan Ke-3/4 – 8.00 Malam

Final – 9.30 Malam