Saingan Liga Premier STL 2026 bagi Grand Prix (GP) Perak bakal memasuki peringkat suku akhir bermula petang ini dengan lapan pasukan terbaik bakal berentap di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Kejutan dapat disaksikan apabila skuad himpunan bintang, Melaka Titans tersingkir awal susulan kekalahan ‘straight’ set mereka di tangan Kuala Lumpur Thunder.
Nasib sama turut dirasai Selangor Pistons, Kedah Eagles, Penang Black Panthers yang gagal ke suku akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan terakhir setiap kumpulan.
Berdasarkan keputusan meskipun tersingkir awal, Melaka Titans akan pulang dengan lapan mata dalam kedudukan keseluruhan ekoran satu kemenangan yang berjaya diraih ke atas Kelantan Warriors.
Manakala Selangor Pistons, Kedah Eagles dan Penang Black Panthers gagal mengutip sebarang mata selepas tewas pada kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan.
Slot ke suku akhir diisi ATM Guardians, PDRM Defenders, Kuala Lumpur Thunder, Negeri Sembilan Antlers, Kelantan Warriors, Johor Tigris, Bomba Fighters dan Perak Bison.
Berikut merupakan jadual penuh aksi suku akhir Liga Premier STL 2026 bagi GP Perak:
Suku Akhir STL 2026 GP Perak
Pool 1
1) ATM Guardians lawan Bomba Fighters – 3.00 Petang
2) Kuala Lumpur Thunder lawan Perak Bison – 9.30 Malam
Pool 2
3) Negeri Sembilan Antlers lawan Johor Tigris – 4.30 Petang
4) PDRM Defenders lawan Kelantan Warriors – 8.00 Malam