Malaysia memiliki sejumlah bangunan dan lokasi menarik untuk dilawati. Bahkan, ada sebahagian daripadanya kini mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa.

Jalan Kek Chuan, Pulau Pinang kini berjaya dinobatkan sebagai antara jalan paling cantik di dunia oleh majalah House Beautiful.

Baca Juga:

Sumber Gambar: NST

Berdasarkan majalah tersebut, Jalan Kek Chuan telah menduduki tangga ke-17 dalam 40 jalan yang disenaraikan. Senarai tersebut dibuat bagi memberikan maklumat kepada pelancong sebagai informasi tambahan untuk mereka apabila melancong kelak.

Pemilihan itu termasuk lorong-lorong yang cantik di mana tarikan sebenarnya adalah pemandangan sekeliling bandar-bandar. Bahkan, pemilihan ini juga dibuat berdasarkan kepelbagaian warna pastel, butiran seni bina yang unik dan terpilih sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sumber Gambar: Living + Nomads

George Town, ibu negeri bagi Pulau Pinang, Malaysia adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan seni jalanan yang meriah dan makanan jalanan yang terkenal.

“Jika anda mencari permata seni bina, pergi ke Jalan Kek Chuan untuk melihat dengan teliti kedai-kedai dengan hiasan yang terperinci menggabungkan reka bentuk Timur dan Barat,” tulis majalah House Beautiful itu.

Bagi negara di rantau Asia Tenggara, Malaysia berjaya menduduki tangga ke-17 dan diikuti oleh Phuket, Thailand di tangga ke-19.

Dua negara ini antara wakil negara Asia Tenggara yang berjaya memasuki senarai 40 jalanan tercantik itu.

Sumber Gambar: Greece

Lima jalanan tercantik di dunia yang yang mengungguli senarai itu dimulakan oleh Symi, Greece di kedudukan pertama.

Ia diikuti oleh Boston, Massachusetts di tempat kedua dan Cape Town, Afrika Selatan di tempat ketiga.

Jalan di Chefchaouen, Morocco pula di tempat keempat dan Aguea, Portugal di kedudukan kelima.

Jadi, anda boleh masukkan Jalan Kek Chuan ke dalam senarai lokasi yang wajib dilawati apabila ingin bercuti kelak. Negara Malaysia bukan sahaja kaya dengan budaya malahan memiliki pelbagai bangunan dan lokasi menarik yang menjadi perhatian dunia.