Pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias muncul sebagai pemain termahal dalam skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25.

Baru-baru ini, JDT mengumumkan ketibaan Jalil menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dan beliau menjadi senjata baharu pasukan di bahagian tengah.

Baca Juga:

Menurut semakan di laman Transfermarkt, Jalil ketika ini mempunyai nilai pasaran semasa sebesar €3 Juta atau sekitar RM15 Juta.

Nilai ini jauh mengatasi pemain kedua termahal JDT iaitu kapten skuad kebangsaan Indonesia, Jordi Amat yang mana pemain itu mempunyai nilai pasaran sebesar €800 Ribu atau sekitar RM4 Juta.

Dua pemain iaitu Fernando Forestieri dan Takahiro Kunimoto menjadi pemain ketiga termahal dimana kedua pemain mempunyai nilai pasaran sebesar €700 Ribu atau sekitar RM3.5 Juta.

Arif Aiman menjadi pemain tempatan termahal dalam skuad kendalian Hector Bidoglio dimana pemain berusia 21 tahun itu mempunyai nilai pasaran sebesar €550 Ribu atau sekitar RM2.8 Juta.

Ketibaan Jalil Elias bakal memberikan variasi di bahagian tengah JDT dimana beliau akan bersaing dengan dua pemain yang sentiasa menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama iaitu Afiq Fazail dan Hong Wan.

Selain itu, bekas pemain San Lorenzo itu juga perlu bersaing dengan pemain lain seperti Nazmi Faiz Mansor dan Syamer Kutty Abba yang baru sahaja pulih dari kecederaan.

Baru-baru ini, Jalil tersenarai dalam skuad kebangsaan Syria yang akan beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar.

Ini merupakan kali pertama pemain berusia 27 tahun itu beraksi bersama Syria dimana pasukan itu diundi dalam kumpulan B bersama Australia, Uzbekistan dan India.