Umum mengetahui bahawa negara Palestin merupakan negara yang merdeka walaupun tanah mereka telah dirampas oleh Israel. Bukan sahaja tanah dirampas tetapi kita dapat melihat kekejaman yang dilakukan Israel kepada Palestin.
Terbaharu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengiktiraf Israel dan bakal mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel. Malah, UAE juga sudah bersetuju untuk membuka kedutaan di Israel dan membenarkan Israel untuk membuka kedutaan di negara mereka.
pic.twitter.com/GjE7vZd3SA https://t.co/1Bcbpr1D9d
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) August 13, 2020
Oleh yang demikian, UAE kini adalah negara Arab ketiga yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selepas Mesir pada tahun 1979 dan Jordan pada tahun 1994. Difahamkan, Israel akan ‘menangguhkan’ rancangan mereka untuk menakluk Tebing Barat Palestin.
Perjanjian damai ini mendapat sokongan kuat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Malah, Donald Trump turut mencadangkan negara lain untuk mengikut jejak langkah UAE.
Berikutan itu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah memanggil duta besarnya ke UAE sebagai tanda protes perjanjian tersebut dan ingin UAE membatalkan perjanjian damai itu. Menurut jurucakap Presiden Palestin, perjanjian tersebut merupakan satu tindakan membelot rakyat Palestin, Jerusalem dan Al-Aqsa.
Pastinya perkara ini memberikan tamparan hebat kepada umat Islam di seluruh dunia terutama sekali Palestin kerana UAE berpaling tadah dengan jalinkan hubungan diplomatik bersama Israel. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?
Tahukah anda bahawa Palestin sudah lenyap daripada Apple dan Google Maps? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Airbnb Antara Firma Dari Amerika Yang Menyokong Penjajahan Israel Ke Atas Palestin
Cadangan Damai Trump Beri Israel Kuasa Perluas Kawasan Jajahan Di Palestin