Apabila tiba musimnya, pastinya buah ini menjadi rebutan dari sebuah negeri di Malaysia iaitu Perlis. Buah yang dimaksudkan adalah mangga Harumanis yang cukup sinonim dengan negeri yang berada nun jauh di Utara Malaysia ini.

Terbaharu, airasia farm dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Jabatan Pertanian (DOA), serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis untuk muncul sebagai pengedar rasmi. Hasrat airasia adalah untuk menawarkan 10 tan buah kepada para peminat buah mangga ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
maxresdefault (12)
Sumber: YouTube TV Pertanian

Menerusi kerjasama yang dibuat, orang ramai berpeluang menempah mangga Harumanis dengan mudah melalui platform e-commerce airasia iaitu airasia food dan airasia fresh. Difahamkan pesanan untuk buah dengan rasa eksklusif ini sedia ditawarkan bermula 30 April 2021 ini.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan mangga Harumanis original dari Perlis ini, anda boleh mendapatkannya di airasia fresh atau dengan klik di sini.

Tular pada hari ini apabila seorang peniaga di Kelantan telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 gara-gara berniaga melebihi satu jam daripada had yang ditetapkan di hadapan rumah.

Gara-Gara Berniaga Di Hadapan Rumah Lebih Satu Jam, Peniaga Di Kelantan Dikompaun RM50,000

Bukan Sahaja Kereta Yang Banyak, Jumlah Selipar Bakal Diperiksa Polis Sewaktu Sambutan Aidilfitri