Wakil Rakyat Indonesia, Ahmad Sahroni mendapat semula jam tangan mewah jenama Richard Mille yang diambil baru-baru ini.

Rumah Sahroni diserang oleh masyarakat setempat dimana mereka mengambil barangan mewah dan salah satunya ialah jam tersebut.

Baca Juga:

Media tempatan melaporkan ibu kepada salah seorang individu yang mengambil jam tangan tersebut telah memulangkannya kepada Sahroni.

Jam Richard Mille Ahmad Sahroni

Richard Mille
Jam Tangan Ahmad Sahroni

Pemulangan jam tangan itu dilakukan pada hari Isnin, melalui ketua kampung setempat di Desa Kebon Bawang.

“Saya dah cakap kepada anak, ini bukan milik kita. Kita pulangkan saja. Bukan hak kita pun,” kata sang ibu.

Si ibu mengaku sempat berfikir untuk menjual jam tangan itu kerana hidup susah, namun akhirnya mengembalikan kepada si pemilik.

Richard Mille

Jam tangan Richard Mille RM 40-01 McLaren Speedtail adalah edisi terhad, dengan hanya 106 unit di dunia.

Harga bagi jam tangan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM3 Juta, sekaligus menjadi salah satu barang peling berharga Sahroni.