Touch N’ Go semestinya dikaitkan dengan sistem bayaran di tol. Tetapi fungsi Touch N Go lebih daripada itu sebenarnya. Menurut CEO Touch N GO, Syahrunizam Samsudin mereka mahu memberi dimensi baru untuk fungsi Touch n Go ini.
“Jika diikutkan, kami ingin menjadikan Touch n Go ini lebih daripada sekadar anda bayar parking, menaiki sistem LRT dan membayar tol. Kami mahu jadikan sistem cashless lebih praktikal dalam urusan pembelian. selain mereka mempunyai kad debit dari bank, mereka ada Touch n Go. Inilah perubahan yang kami namakan Payments Reimagined,” kata Syahrunizam dalam sidang media berkenaan jam ini Jumaat lalu.
Jadi ini adalah inisiatif terbaru dari Touch n Go yang unik dan praktikal. Memperkenalkan, The TimeTraveler! Kalau peminat filem, kalau dengar time traveler sahaja mesti ingat filem Back To the Future kan? Tapi bukan. Jam ini tidak bantu anda untuk time travel. Tetapi jam ini mempunyai fungsi Touch n Go di dalamnya. Cool kan?
Jam tangan TimeTraveller ini menawarkan kemudahan tambahan kepada pengguna di makna mereka boleh membuat bayaran di mana-mana premis perniagaan yang menggunakan Touch n Go sebagai mod pembayaran atau di mana-mana lokasi rakan niaga TnGo seperti kedai runcit, transit, tempat letak kereta dan pembayaran tol.
Seringkali kalau kita keluar mungkin kita tertinggal kad Touch n Go kita, tetapi tidak jam tangan. Kalau saya, jam tangan memang kena ada di tangan. Jadi dengan inisiatif ini, bila anda pakai jam tangan, anda juga turut membawa Touch n Go bersama anda.
Bagaimana jam ini berfungsi? Jika anda lihat, di belakang jam tangan ini terdapat satu slot untuk memasukkan cip kad Touch n Go ini. Anda hanya perlu masukkan cip ini dalam jam dan top up kad ini di mana-mana kaunter Touch n Go. Kemudiannya anda terus sahaja boleh gunakan jam ini.
Bagi saya, jam ini sangat praktikal kalau anda pengguna harian sistem LRT atau komuter. Anda tidak perlu bawa keluar kad dari dompet anda, anda hanya perlu sentuhkan jam ini pada sensor dan anda terus boleh bergerak masuk ke terminal.
Jika untuk anda bayaran tol pula, mungkin agak memenatkan sebab tangan anda perlu panjang atau anda perlu dekat dengan scanner untuk sentuhkan jam, saudara Elmi ada buat demo berkenaan bagaimana beliau bayar tol menggunakan jam ini.
First time pakai touch n go guna jam. The struggle is real. @MyTouchnGo pic.twitter.com/Woq4icKYjV
— Elmi (@ELMIELMO) June 3, 2016
https://twitter.com/ELMIELMO/status/738599279892144129
Ini adalah satu inisiatif yang bagus dari Touch n Go. Dikatakan banyak model jam lain akan dikeluarkan antaranya jam tangan besi dan jam elektronik. Buat masa ini, pengguna boleh membeli model getah ini pada harga RM239(tidak termasuk GST) di laman web 11Street. Kualiti jam tangan ini agak bagus. Jadi berbaloilah dengan harganya.
Khas untuk pembaca The Vocket! Peluang untuk anda dapatkan jam tangan ini secara PERCUMA. Ya PERCUMA! Caranya mudah saja, hanya sertai kontes simple ini di bawah.
Klik link untuk sertai giveaway ini: Menang Jam Tangan Touch ‘n Go