Selepas pengumuman langkah kawalan pergerakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam semalam, sudah pasti antara yang berlegar-legar di fikiran kita adalah untuk melakukan panic buying.
Dengan masih ada tempoh lebih kurang 24 jam sebelum langkah itu berkuasa mulai esok 18 sehingga 31 haribulan Mac ini, trend pembelian panik atau panic buying dilihat sudah mula mengambil tempatnya di negara kita.
Jika sebelum ini kita sering melihat ia terjadi di negara luar, namun kini giliran rakyat Malaysia pula untuk melakukan pembelian panik dan menyimpan stok makanan dan keperluan harian masing-masing secara berlebihan.
Walaupun tiada peruntukan yang menghalang mereka untuk mereka keluar membeli barangan keperluan selepas langkah ini dijalankan, namun masih ada juga yang dilihat kurang peka dengan perkara tersebut.
Malahan dalam pengumuman yang dibuat PM kita pada semalam secara terang-terangan memberitahu kedai-kedai runcit dan pasar raya ini akan kekal dibuka sepanjang tempoh kawalan ini.
Secara logiknya, tiada alasan yang kukuh untuk kita melakukan panic buying. Malah jika difikirkan kembali, amalan pembelian panik ini akan mengalahkan tujuan asal pihak kerajaan memperkenalkan kawalan pergerakan.
Bila berlakunya panic buying, sudah pasti kebanyakan pasar raya ini akan dipenuhi dengan pelbagai golongan manusia yang kita sendiri tidak tahu sama ada mereka bergejala COVID-19 ataupun tidak.
Secara tidak langsung ini akan meningkatkan risiko kita untuk mendapatkan jangkitan wabak membunuh ini dan mendedahkan diri kita dan keluarga kepada bahaya. Ingat, bukan kita sahaja tetapi ahli keluarga juga akan terdedah.
Pandangan untuk mengelakkan pembelian panik ini juga disokong oleh mereka yang berada di laman-laman sosial terutamanya Twitter.
Melalui semakan yang dibuat menggunakan kata kunci ‘malaysia panic buying’ anda akan menemui pendapat yang kebanyakannya mengatakan mereka tidak bersetuju dengan perkara ini.
Grocery day actually today tpp nk beli telur pon susah sekarang, haih panic sangat rakyat malaysia ni! #Covit19 #panicbuying pic.twitter.com/41wuxxNwr7
— AmiruelAshraff (@Amierul_Ashraff) March 17, 2020
hampa duk buat #panicbuying ni tak takut kena virus ka? aku rasa better p beli barang time #PerintahKawalanPergerakan tu. tak ramai org yg keluaq. and kita bukannya kena lockdown pun. rakyat malaysia ni kan ketegaq 😑
— Afz (@nurvnisfvthiehv) March 17, 2020
‘Panic buying’ sampai tak fikir ye orang kurang berkemampuan tengah2 bulan ni 😪🤦🏻♀️
Selfish sungguh rakyat malaysia #COVID19malaysia— ᴊᴊᴀʏ (@AmadKAI_) March 17, 2020
Kekal di mana anda berada
Selain daripada melulu melakukan pembelian panik ini, antara satu lagi perkara lain yang terlintas di fikiran sudah tentunya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Ini ditambah dengan situasi sekarang di mana sekolah sudah pun bercuti dan akan dipanjangkan sehingga 31 Mac ini dan kebanyakan sektor pekerjaan juga dilaporkan akan bercuti.
Dengan ini, mesti ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang terfikir untuk menggunakan cuti ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dan menghabiskan cuti yang dimiliki di sana.
Bagaimanapun, perkara itu sebenarnya bukanlah satu idea yang baik dan diakui sendiri oleh seorang pakar seperti dilaporkan Astro Awani hari ini yang menggesa orang ramai agar tidak pulang ke kampung halaman masing-masing.
“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.
“Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” kata ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman
Selain itu, netizen juga dilihat bersetuju dengan perkara tersebut jika dilihat kepada carian menggunakan kata kunci ‘balik kampung’ yang dibuat di Twitter hari ini, beberapa jam selepas pengumuman langkah kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan.
Stay put wherever you are, folks. Don’t balik kampung and spread the virus to our elderly parents or to communities that have limited healthcare options. Limit your movements but call your mum and dad everyday k. 🙏🏼 https://t.co/lfLjNZm1QF
— Melisa Melina Idris (@melisa_idris) March 16, 2020
https://twitter.com/pEa_kNot89/status/1239735059650736128?s=20
Do NOT balik kampung, you may infect the whole kampung! https://t.co/YrKtan9ArB
— wongkohwei (@wongkohwei) March 16, 2020
Jadi, diharapkan dengan penjelasan pakar dan juga pandangan daripada netizen ini, rakyat kita akan lebih bertimbang rasa untuk tidak melakukan panic buying dan membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sudah pasti, tujuan pihak kerajaan memperkenalkan perintah kawalan pergerakan adalah untuk meminimakan pergerakan rakyat Malaysia bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin tinggi hari demi hari di negara kita.
Baca perkongsian kami mengenai COVID-19 sebelum ini di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Dr Dzulkefly Jelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung
Kesan COVID-19, Pakar Jangka Lebih Ramai Muflis Berbanding Maut
Tular Gambar ‘Face Mask’ Dijemur, Netizen Saran Koyak Sebelum Buang