Kecoh baru-baru ini apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pegawai kanan polis memperlekeh dua anggota polis berpangkat Lans Koperal di tempat awam.

Kelibat wanita bernama Inspektor Sheila ini semakin mendapat perhatian netizen selepas dirakam membuat kecoh di tempat parkir serta beberapa tempat lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Inspektor Sheila dilaporkan telah ditahan untuk siasatan serta dilaporkan bakal dikenakan tindakan tatatertib dan ujian kesihatan mental.

Menerusi video yang tular di Balai Polis Seri Petaling, Inspektor Sheila dirakam sekali lagi memperlekeh anggota polis berpangkat Lans Koperal.

“Nama encik siapa, pangkat apa? Lans koperal, banyaknya lans koperal saya bertemu hari ini.

“In charge siapa, you incharge ke? Minta SM (sarjan mejar) datanglah saya inspektor. Lans koperal kan? Pergi panggil SM.

“Jangan lans koperal bagi saya arahan. Jangan ingat saya takut. Pangkat lagi tinggi bagi arahan, jangan main-main dengan aku,” katanya dalam video itu.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan pegawai kanan polis terbabit sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung video tular di parkir sebuah pusat beli-belah di Brickfields baru-baru ini.

Dalam laporan media sebelum ini, polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai polis wanita yang mencetuskan kekecohan di parkir pusat beli-belah di Brickfields, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Susulan itu, polis Selangor memanggil pegawai wanita terbabit untuk dirakam keterangan berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Sumber