Negara Malaysia pada saban hari kerap menjadi sebutan di media sosial oleh pelancong luar dek kerana segala benda di sini dianggap murah.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia melahirkan rasa kebimbangan apabila semakin ramai ekspatriat dan pempengaruh antarabangsa membanjiri negara ini dan berkongsi di media sosial tentang kos sara hidup yang rendah, memujinya sebagai alternatif yang mampu milik berbanding negara asal mereka.

Bagi mereka, di sini semua pelancong terutamanya dari negara yang mempunyai nilai wang yang besar boleh menikmati kehidupan mewah dengan harga mampu milik.

Ramai penduduk tempatan bimbang gambaran gaya hidup mewah dan mesra bajet ini boleh memburukkan lagi kebimbangan ekonomi yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat.

Isu ini dibangkitkan oleh seorang wanita di Threads, di mana dia meluahkan rasa kecewa terhadap cara warga asing mempromosikan kos sara hidup di Malaysia sebagai “murah”.

Dia menekankan bahawa komen-komen ini, yang sering kali dibuat berdasarkan kelebihan pertukaran mata wang yang dinikmati oleh ekspatriat, seolah-olah mengabaikan kesusahan yang dihadapi oleh penduduk tempatan yang hidup dengan gaji rendah sementara kos sara hidup yang tinggi.

“Saya tidak mahu Kuala Lumpur menjadi seperti Bali atau Bangkok, di mana penduduk tempatan bekerja tanpa henti tetapi masih sukar untuk menyara hidup,” tulisnya.

Wanita itu turut menambah, dia berasa sangat jengkel dengan kiriman daripada warga asing yang memuji betapa murahnya tambang Grab dan perkhidmatan lain.

Dia menekankan perbezaan ketara antara gaji penduduk tempatan dengan pendapatan boleh guna yang dinikmati oleh ekspatriat, hasil daripada kadar pertukaran mata wang yang menguntungkan mereka.

“Penduduk tempatan sedang menghadapi tekanan kewangan yang amat besar, dengan ramai yang tidak mampu untuk menampung keperluan asas seperti perumahan.

“Namun, ekspatriat pula berbangga tentang betapa mampunya mereka untuk tinggal di Kuala Lumpur. Sungguh membingungkan,” kongsinya.

Boleh lihat video-video yang dikongsikan oleh pelancong atau ekspatariat yang menetap di Malaysia:-

@lifeofjgtakes

If you want something cheap, go to Malaysia trust me #malaysia #kualalumpur #holiday #vlog #fyp #jgtakes

♬ original sound – lifeofjgtakes

@72nd_

Im actually blown away not even joking #kualalumpur #malaysia #asia #traveler #solotravel

♬ Hurts Me (Alone At Prom) – Tory Lanez

@alfieroisetravel

Going to miss cheap asian food 😢 #travel #traveltiktok #malaysia #kualalumpur

♬ original sound – Alfie & Róise | Travel ✈️🌏

@n.makon

Malaysia 🇲🇾 has been very cheap especially for accommodation. #fyp #kualalumpur #apartment

♬ original sound – Nadeem

Topik ini segera mencetuskan perdebatan dalam talian, dengan ramai rakyat Malaysia meluahkan kebimbangan bahawa kemasukan warga asing dan pempengaruh yang mempromosikan gaya hidup mewah di media sosial boleh memburukkan lagi tekanan yang dirasai oleh penduduk tempatan.

Sebab itulah jangan ada yang terlalu melihat mereka seumpama kaya raya apabila berada di sini walhal hanya boleh ‘flex’ ekoran pertukaran wang yang besar sahaja.