Sejak akhir-akhir ini, Fatiya Latiff menjadi bualan ramai apabila dia seolah-olah belum move on dari kisah percintaannya bersama Aiman dan juga ‘menyerang’ isteri Aiman dengan mengatakan wajahnya seperti bibik serta banyak lagi tindakannya yang mengundang kecaman ramai.

Susulan itu, tular beberapa video di TikTok memaparkan Fatiya dimana dia menzahirkan rasa tidak puas hati apabila telefon bimbitnya dirampas oleh pihak berkuasa untuk siasatan dan merasakan individu yang dipercayai polis menyalahgunakan kuasa.

Baca Juga:

@fatiyalatiff_1992

pleasetakectionagainstpolisdangwangi-ASPHisham #penyalahgunaankuasapihakpolis #criminalcourtofjustice #highcourtenforcment #fyp #fypシ

♬ original sound – FL – FL

@fatiyalatiff_1992

#fyp #fypシ

♬ original sound – FL – FL

@fatiyalatiff_1992

#fyp #fypシ

♬ original sound – FL – FL

Bukan itu sahaja, Fatiya turut mengatakan mungkin polis tersebut bersekongkol dengan seorang wanita yang dia ketahui dan tambahnya, telefon bimbitnya dirampas selepas diugut walaupun dia sebenarnya saksi.

Dalam satu video lain, Fatiya mendedahkan bahawa kes yang menjadi perhatian polis itu adalah berkaitan statement dikeluarkan olehnya berkaitan polis mahu escort dia di lapangan terbang.

“Jangan sampai aku keluar agama sebab kalian.” ujar Fatiya.

Fatiya seolah-olah menyalahkan netizen atas apa yang berlaku dan hal itu telah meraih perhatian orang ramai. Rata-rata netizen terkejut kerana tiba-tiba dipersalahkan atas apa yang terjadi.

Malah, segelintir orang berpendapat supaya para netizen berhenti provokasi Fatiya Latiff dan berharap Fatiya dapatkan rawatan pakar.