Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di kedudukan ke-13 dalam ranking Konfederasi Piala Dunia Kelab FIFA 2025 yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak dunia itu baru-baru ini.

FIFA telah mengeluarkan ranking bagi masing-masing benua dimana bagi kategori Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), badan itu mengeluarkan senarai pasukan yang menduduki ranking pertama hingga 71 dimana JDT menjadi satu-satunya kelab dari Asia yang berada di dalam kedudukan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kelab Saudi Pro League, Al-Hilal menduduki tangga pertama dengan 106 mata diikuti dua kelab dari Korea Selatan iaitu Jenbuk Hyundai Motors di tangga kedua dengan 79 mata dan Ulsan Hyundai di tangga ketiga dengan 71 mata.

Kawasaki Frontale berada di tangga keempat dengan 64 mata manakala kelab yang diperkuatkan oleh salah seorang pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo iaitu Al-Nassr di tangga kelima dengan 58 mata.

BG Pathum United merupakan kelab terbaik dari rantau Asia Tenggara dimana pasukan itu menghuni tangga ke-9 dengan 46 mata diikuti JDT yang berada di tangga ke-13 dengan 38 mata.

Selain BG Pathum dan JDT, ada beberapa kelab lain dari Asean yang tersenarai antaranya TRUE Bangkok United di tangga ke-33, Lion City Sailors di tangga ke-36, Chiangrai United di tangga ke-44, Port FC di tangga ke-51 dan Buriram United di tangga ke-55.

Saingan Piala Dunia Kelab akan menggunakan format baharu pada 2025 dimana kejohanan yang akan diadakan di Amerika Syarikat itu akan disertai oleh 32 pasukan.

UEFA dianugerahkan slot terbanyak dengan dua belas, manakala CONMEBOL diberi kedua terbanyak dengan enam. AFC, CAF, dan CONCACAF kesemuanya diberi empat slot, manakala OFC dan persatuan tuan rumah masing-masing diberi satu slot.

Antara kelab yang layak beraksi dalam saingan tersebut ialah Manchester City, Palmeiras, Flamengo, Al Ahly SC, Real Madrid, Al Hilal, Wydad Athletic Club, Chelsea, Fluminense, Urawa Reds Diamond, Club León, Monterrey, Seattle Sounders, Bayern München, Paris Saint-Germain , Inter Milan, Porto, Benfica dan Auckland City.

Ada 13 lagi slot yang bakal diiisi oleh pasukan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh FIFA.