Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang untuk tampil dalam salah satu kejohanan peringkat kelab paling berprestij iaitu saingan FIFA Club World Cup pada edisi 2025.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), badan bola sepak dunia itu berbincang mengenai 32 kelab yang bakal mengambil bahagian dimana saingan akan berlangsung di Amerika Syarikat pada 2025.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Nama rasmi pertandingan ini ialah Mundial de Clubes FIFA dan akan menampilkan kelab dari setiap enam konfederasi.

Dalam mesyuarat tersebut, majlis juga telah sebulat suara mengesahkan kaedah kedudukan kelab untuk digunakan bagi menentukan pasukan yang layak untuk mara ke kejohanan tersebut.

Hal ini bermaksud pertandingan ini akan disertai kelab-kelab dari UEFA (12), CONMEBOL (1), CAF (4), CONCACAF (4), AFC (4) dan sebuah kelab dari negara yang dipilih sebagai tuan rumah.

Sebanyak lapan kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan dalam setiap kumpulan akan bersaing dalam satu pusingan perlawanan dimana dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Format kalah mati akan digunakan sehingga ke perlawanan akhir dan tiada perlawanan untuk penentuan tempat ketiga.

FIFA meletakkan nama JDT sebaris dengan beberapa kelab besar Asia yang lain susulan pasukan itu berada di tangga ke-11 di AFC dengan kutipan 38 mata.

Wakil dari Asia yang dinilai berdasarkan aksi di Asian Champions League Elite (ACLE) memiliki 4 slot dengan dua daripadanya telah disahkan iaitu Al-Hilal (Arab Saudi) dan Urawa Red Diamonds (Jepun) dengan status selaku juara bertahan.

Terdapat satu lagi slot yang boleh direbut oleh JDT iaitu pada tahun 2024/25 susulan wakil Malaysia itu telah tersingkir dari saingan berprestij Asia musim ini.