Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah dari Portugal, Francisco Geraldes bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Geraldes diperkenalkan melalui video yang dimuat naik di laman sosial rasmi pasukan dengan pemain yang pernah mewakili skuad kebangsaan Portugal bawah 18 dan 21 tahun berkenaan akan menggantikan Leandro Velazquez yang dilepaskan baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Geraldes sebelum ini pernah beraksi bersama kelab ternama di Eropah seperti Sporting Lisbon (Portugal), Eintracht Frankfurt (Jerman) dan AEK Athens di Greece.

Tahun lalu, Geraldes beraksi bersama kelab Emiriah Emiriah Arab Bersatu (UAE), FC Baniyas yang mana ketika ini menghuni tangga ke-8 dalam carta liga.

Kehadiran Geraldes bermakna JDT mempunyai dua pemain import paling mahal dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan selepas pemain skuad kebangsaan Syria, Jalil Elias.

Berdasarkan laman Transfermarkt, nilai pasaran Geraldes berharga 2.5 juta Euro (RM12.72 juta) sekali gus berada di tangga kedua pemain paling mahal Liga Malaysia selepas Jalil yang bernilai RM15.2 juta.

Nilai dua pemain ini jauh mengatasi pertahanan JDT iaitu kapten skuad kebangsaan Indonesia, Jordi Amat yang mana pemain itu mempunyai nilai pasaran sebesar €800 Ribu atau sekitar RM4 Juta.

Arif Aiman menjadi pemain tempatan termahal dalam skuad kendalian Hector Bidoglio dimana pemain berusia 21 tahun itu mempunyai nilai pasaran sebesar €550 Ribu atau sekitar RM2.8 Juta.

Ketibaan Geraldes dan Elias bakal memberikan variasi di bahagian tengah JDT dimana mereka akan bersaing dengan dua pemain yang sentiasa menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama iaitu Afiq Fazail dan Hong Wan.