Jefri Nichol mendedahkan bahawa dia dan Ameera Khan akan di talian telefon (OTP) sehingga 48 jam.
Pasangan tersebut bukannya asing lagi di kalangan peminat dan netizen.
Mereka sangat terbuka dalam berkongsi tentang kisah percintaan mereka.
Jefri Nichol dan Ameera Khan OTP berhari hari
Dan Jefri Nichol membuat satu lagi pendedahan yang luar biasa tentang apa yang mereka lakukan sepanjang percintaan mereka.

Di mana pasangan tersebut berada di talian telefon selama beberapa hari.
Ianya kerana kedua dua mereka tidak boleh untuk tidak mendengar suara masing masing.
Jefri Nichol menjawab perkara yang paling romantik dia dan Ameera lakukan sepanjang percintaan mereka.
Dia berkata: “Bertelefon mungkin dalam 20 jam sehingga 48 jam tak putus. Ya, berhari hari tanpa memutuskan talian telefon.
“Terputus pun sebab tertidur dan tertekan [butang letak telefon].
Jefri Nichol malah menegaskan bahawa ketika dia bercakap di podcast itu, Ameera Khan masih berada di talian telefonnya.
Nampak tak Jefri Nichol dengan Ameera Khan pun otp sampai 48 jam. Sampai dekat podcast pun still otp.
Tak panas ke and korang borak apa je lama lama 😭 pic.twitter.com/aHOQ3SSx5r
— kamaghul deghaman (@kamaghul) June 5, 2025
Memang trend
Netizen mendedahkan memang sudah menjadi satu trend pada hari ini, pasangan bercinta atau pasangan suami isteri yang OTP sehingga 24 jam.
Ada yang meletakkan fon telingan 24 jam, untuk sentiasa berinteraksi dengan pasangan mereka.
Weh I ada sorg kawan mcm ni, tp dia otp dgn husband lah, pjj, mmg 24 jam weh 😭 mula2 kenal tu dia suka ckp sorang2, I ingat dia tak betul, rupanya ada earphone kt telinga tgh ckp dgn husband.. mmg tak boleh putus lama klu tak husband dia marah 😭😭😭
— 💜⁷ (@buttermies) June 5, 2025
Ada juga yang berkongs pengalaman melihat rakan mereka OTP sepanjang masa.
“Alasannya, mahu teman wanita dia temankan dia waktu kerja,” tulis seorang lagi netizen.
Ada juga yang mempersoalkan, OTP ini mungkin lebih kepada isu kepercayaan.
“Boraknya setengah jam sahaja, yang selebihnya lebih kepada trust issue,” tulis netizen.
Mungkin sebab sekarang ada panggilan menggunakan aplikasi yang hanya menggunakan sambungan internet tanpa had membuatkan OTP ini menjadi trend.
Bayangkan kalau dahulu, zaman panggilan telefon masih mahal?