Pada beberapa minggu lalu tular isu personaliti media sosia, Ameera Khan dituduh berjudi lumba kuda semasa berada di luar negara.

Dakwaan itu berlaku apabila satu hantaran Instagram yang dimuat naiknya menunjukkan beliau sedang memegang tiket dengan kapsyen — selesai meletakkan pertaruhan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ibu beliau, Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.

“Orang kena faham, tempat event dan tempat perjudian berbeza. Kadang-kadang saya geram sebab netizen ini tak faham apa cerita yang sebenarnya.

“Saya padam sebab tak mahu memanjangkan lagi isu ini dan ingin beritahu netizen yang mereka salah,” kata Kartini kepada portal Gempak.

Dalam pada itu, Kartini turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan anak-anaknya yang tidak pernah menjejak ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

“Alhamdulillah tiada siapa yang nampak anak saya di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, itu saya bangga.

“Alhamdullillah Allah pelihara, dan tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian dan buat seperti yang didakwa. Kita tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian. Alhamdullillah,” katanya.

Sementara itu, Ameera Khan memilih tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan berjudi lumba kuda di luar negara.

“Apa yang saya kongsi dalam Instagram (IG) untuk anda lihat, itu sahaja. Ia adalah pilihan saya berkongsi dan apa sahaja yang anda mahu ambil daripada perkongsian itu, fikirlah apa yang anda nak fikir.

“Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah,” katanya kepada BH Online.

Noor Kartini dan Ameera Khan memberikan kenyataan selepas kedua-duanya ditemui semasa majlis pelancaran Disney x Naelofar di sebuah pusat beli belah, di sini, tengah hari tadi.