Baru-baru ini, nama Ameera Khan telah menjadi bualan ramai apabila dia berkongsi pemberian hadiah mewah yang diterima daripada kedua orang tuanya.

Untuk pengetahuan anda, Ameera Khan telah mendapat sebuah kereta mewah BMW i7 dan hal itu telah meraih perhatian netizen terutama sekali pengikutnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@neelofa_store

betuah LMK dpt hadiah kereta bmw i7 😍 #fyp #neelofastore

♬ Every Second – Mina Okabe

Menerusi sebuah video, dia menjawab soalan warganet sama ada baru membeli kenderaan tersebut namun dia menjawab bapa, Dato’ Abdul Halim Khan dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed menghadiahkan kepadanya.

Susulan itu, ada netizen yang mendedahkan bahawa harga kereta mewah terbabit dianggarkan melebihi RM700,000 dan harga kereta itu membuatkan ramai orang terkejut.

Malah, para netizen turut berasa cemburu kerana dia mendapat hadiah mewah seperti itu dan mengatakan dia beruntung dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan kaya.