Adik kepada Neelofa, Ameera Khan mendedahkan bahawa dia nekad memilih lelaki Indonesia berbanding dengan Malaysia. Selain itu dia sangat cair dengan cara lelaki Indonesia melayannya.
Ini kerana menurutnya lelaki Indonesia tidak toksik seperti lelaki Malaysia. Dia akui mengenali ramai lelaki namun buat masa ini dia masih dalam proses memilih pasangan terbaik.
Ameera Khan menyatakan bahawa dia masih muda dan dia tidak boleh terburu buru dalam memilih lelaki untuk dijadikan teman lelakinya.
Dipetik daripada laman Beautifulnara, Ameera Khan berkata: “Sudah tentu, saya masih muda. Saya baru 23 tahun. Saya tak boleh hanya jumpa seorang lelaki dan terus ‘he is the one’.
“Tidak, anda kena jumpa beberapa lelaki dan okay, yang ini ada potensi, yang ini boleh jadi kawan.”
Selain itu Ameera lebih tertarik dengan lelaki Indonesia yang lebih lemah lembut dan tidak toksik macam lelaki Malaysia. Itu yang membuatkannya cair. Terutama sekali lelaki Indonesia suka memanggilnya dengan panggilan manis ‘cinta’.
Ameera menambah: “Kalau Malaysia, daripada pengalaman saya, saya bukan bercakap secara umum, dari pengalaman saya. Bila mereka penyayang, melindungi dan semuanya, jadi toksik. Tapi Indonesia best.”
@affendyjailani #ameerakhan suka lelaki dari #indonesia ? #Neelofa #fyp #fypシ゚viral #bukakmulut #artismalaysia #malaysiatiktok #foryou #foryoupage
Walaupun suka dipanggil dengan nama cinta oleh lelaki Indonesia, Ameera Khan tetap suka dengan panggilan oleh lelaki Malaysia yang suka membahasakan teman wanita mereka sebagai ‘my love, baby, sayang’.
Akhir sekali dia menyatakan dia terbuka soal jodoh tidak kisah la lelaki daripada negara mana termasuk Malaysia, Indonesia atau Mesir sekalipun.