Jefri Nichol mengaku dia makan daging khinzir untuk menaikkan berat badannya sebelum menentang El Rumi.

Video podcast Jefri Nichol sebelum dia tewas dalam pertarungan pertama itu tular kembali.

Dalam video tersebut Jefri Nichol tanpa segan silu mengakui dia memakan daging babi. Dan dia mengesahkan dia juga seorang muslim.

Netizen Indonesia sebelum ini berbalah ketika ada yang mengesyaki Jefri Nichol memotong daging mirip daging babi di dapurnya.

Namun ada yang mempertahankan bahawa dia sebenarnya sedang memotong daging wagyu.

@agustechannel

Jefri nichol masak daging babi #jefrinichol babi

♬ suara asli – Aguste Channel

Dalam podcast tersebut, hos sebenarnya berseloroh ketika bertanya, sama ada Jefri Nichol memakan daging babi, kerana mereka awalnya yakin bahawa selebriti itu tak mungkin makan daging babi seperti yang didakwa netizen.

“Untuk menaikan berat badan, saya memakan daging, ya termasuk beberapa daging babi juga,”  kata Jefri

Dan ternyata selebriti terkenal itu memang memakan daging babi pada jumlah yang tidak banyak. Hos pun agak serba salah dan segera mahukan kepastian sama ada Jefri Nichol seorang yang beragama Islam.

Dia segera menyambung: “Saya juga seorang muslim.”

Lalu mereka bertiga ketawa riang.

@astrogempak

GempakNews: Eh tapi …… Klik link untuk artikel penuh BeritaDiTikTok #SembangEntertainment

♬ original sound – Gempak – Gempak

Video tersebut kembali tular. Dan peminat mulai mempersoalkan kenapa Jefri Nichol dengan terbuka mengakui dia memakan daging babi, sedangkan dia seorang beragama Islam?

Yang lain menyindir bahawa, Khabib Nurmagomedov pun tak terfikir untuk makan daging babi dalam usahanya menjadi legenda UFC.

Beberapa minggu lalu, Jefri Nichol kembali ke ring bertinju dengan El Rumi dalam aksi ulangan. Ini selepas Jefri Nichol tidak berpuas hati dengan kekalahan pertamanya.

Dalam pertarungan kedua, Jefri Nichol tewas dalam masa hanya 38 saat apabila pengadil terpaksa menghentikan pertarungan dengan TKO.

Jefri Nichol akui dia ketika itu mengalami masalah bahu terkehel membuatkan El Rumi menang mudah ke atasnya.