Pertandingan tinju antara El Rumi dan Jefri Nichol ke ring dalam pertarungan ulangan. Di mana El Rumi – anak kepada Maia Estianty dan Ahmad Dhani – menang pantas hanya dalam 38 saat pada pusingan pertama melalui kemenangan TKO.
Pertarungan yang berlangsung di kawasan Senayan, Jakarta Pusat merupakan pertemuan kedua mereka selepas perlawanan pertama pada 2023 yang juga dimenangi El Rumi.
Bezanya, kali ini El Rumi menamatkan perlawanan dengan sangat cepat.
“Ya, memang saya kan ada imej anak baik-baik. Jadi mungkin orang tak sangka ada keganasan dalam diri saya,” kata El Rumi selepas perlawanan.

Beliau mengakui kemenangan ini menjadi medan pembuktian selepas pertarungan pertama lalu menimbulkan kontroversi.
“Pertandingan pertama kan saya dituduh menipu atau apa sahaja. Nah, pertandingan kali ini saya mahu menutup mulut netizen,” tegasnya.
Walaupun menang dengan masa 38 saat, El Rumi sebenarnya berharap dapat menang KO.
Namun, keputusan pengadil menghentikan perlawanan dianggap tepat untuk mengelakkan kecederaan.
“Memang nak KO, tapi sayangnya pengadil hentikan. Kalau tak dihentikan, mungkin lebih bahaya,” ujarnya.
El Rumi VS Jefri Nichol
El Rumi menang 🏆#elrumi #jefrinichol pic.twitter.com/Q3BcrZtS0O
— Raditya (@Raditya_116) August 9, 2025
Sejak awal, El Rumi mengaku sering diragui orang ramai terutama sekali netizen di negaranya.
“Saya dari pertandingan pertama dah diragui, pertandingan kedua pun diragui, pertandingan ketiga pun diragui. Jadi setiap kali menang macam tak ada orang percaya,” katanya.
Oleh itu, perlawanan ulangan menentang Jefri Nichol menjadi peluang untuk menjawab keraguan tersebut. “Saya memang cuma mahu lawan Nichol. Sekaligus buktikan kepada warganet siapa pemenang sebenar,” ujarnya.
Slow motion
El Rumi VS Jefri Nichol 💥🥊#elrumi #jefrinichol pic.twitter.com/kHxKfbZAy2
— Raditya (@Raditya_116) August 9, 2025
Kemenangan anaknya disambut rasa syukur oleh Maia Estianty melalui Instagram.
“Alhamdulillah, kemenangan yang indah… Terima kasih Ya Allah atas kekuatan yang diberikan kepada EL RUMI… Terima kasih kepada yang telah mendoakan @elelrumi.
Beliau turut memberi penghargaan kepada Jefri Nichol. “Untuk @jefrinichol kamu tetap terbaik. Terima kasih sudah pakai pelindung kepala ya… you are the best, Jef… proud of you too,” tulisnya.