Baru-baru ini ramai yang bertanya kepada saya tentang Tasmania, The Australia Apple Isle. Pulau Tasmania merupakan ‘hidden gem’ bagi Australia kerana kurang penerbangan antarabangsa yang boleh terus ke sana. Kebanyakannya adalah penerbangan tempatan sahaja dari Sydney dan Melbourne.

Untuk pengetahuan saya merupakan pelajar tahun ke 3 di UNSW, Sydney, Australia. Semua negeri telah berjaya saya jejaki sepanjang belajar di  negara kangaroo ini termasuk wilayah utara (Northern Territory) yang rare.

Di sini saya kongsikan itinerari selama 9 hari dengan menggunakan Campervan/RV/Motorhome.

Tarikh: 1-9 Dec 2015
Route: Sydney – Hobart (pergi balik).
Jumlah perbelanjaan: 450 AUD (ground + souvenir) seorang.
Perbelanjaan Tiket flight Sydney-Hobart: 100 AUD seorang.

Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan

Hari 1
1. Tiba di Hobart Airport (petang) dari Sydney melalui Jetstar Airlines.
2. Ambil Campervan daripada syarikat Hertz.
3. Shopping barang basah di Woolworths dan masak sendiri bahan-bahan mentah.
4. Bermalam di Sandy Bay berdekatan Univ of Tasmania.

Hari 2
1. Bertolak ke Bruny Island (Kettering Jetty).
2. Perjalanan feri mengambil masa selama 30 minit dari pulau besar ke Bruny Island. Perjalanan dihiasi pelangi indah selepas hujan semalaman.
3. Tarikan: The Neck Lookout, Cheese Testing.
4. Kembali ke pulau besar dan terus menuju ke Royal Tasmanian Botanical Garden.
5. Richmond Bridge, jambatan tertua di Tasmania.
6. Cape Hauy berhampiran Port Arthur. Trekking halfway sahaja kerana sudah hampir lewat malam. (Full trekking 4 jam pergi balik).
7. Bermalam di Port Arthur Big4 Caravan Park.

Hari 3
1. Bertolak ke Callington Mills.
2. Freycinet National Park yang popular dengan Wineglass Bay.
3. Trekking mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke Wineglass Bay Lookout.
4. Jika mempunyai tahap kecergasan yang tinggi, digalakkan untuk turun sehingga ke laut Wineglass Bay. Trekking dari Lookout ke Wineglass Bay mengambil masa 2.5 jam (return). Laut di Wineglass Bay boleh mandi tetapi sejuk yang teramat walaupun musim panas.
5. Ada banyak wallabies liar di kawasan parking Freycinet National Park. Dilarang memberi makan kepada mereka, namun mereka terlalu comel untuk menolak.
6. Tarikan: Coles Bay, Sleepy Bay, Muirs Beach.
7. Bermalam di Big4 Caravan Park Freycinet National Park.

Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Campervan yang dinaiki sepanjang pengembaraan pulau Tasmania. Sepanjang 7 meter, setinggi 3 meter dan lebar cukup-cukup untuk jalan raya.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Campervan ini jenis manual kerana model lama. Ada 6 gears dan reverse gear. Pastikan anda tonton video tutorial penggunaan Campervan untuk mengenali semua equipment yang disediakan.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Perjalanan feri dari Kettering Jeti ke Bruny Island turut ditemani pelangi yang begitu jelas.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
The Neck Lookout di Bruny Island. Beting pasir yang menyambungkan North dan South Bruny Island. Laut di kedua-dua belah yang sungguh mengujakan.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Pokok-pokok di Royal Tasmanian Botanical Garden
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Richmond Bridge di Cambridge. Merupakan jambatan yang tertua dan mempunyai rekaan klasik Inggeris.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Trekking separuh jalan menuju ke Cape Hauy. Pastikan ada menulis nama dia pondok dahulu sebelum memulakan trekking untuk rujukan renjer bertugas jika berlaku kecemasan.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Ambil feeling di countryside.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Wineglass Bay. Lihat betapa cantik teluk ini! Warna biru kehijau-hijauan.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Trekking yang sungguh menguji fitness sepanjang perjalanan dari Lookout ke Wineglass Bay. Namun, keindahan laut ini menghilangkan kepenatan trekking selama 2 jam.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Wallabies liar tetapi comel!

Hari 4
1. Bertolak ke mini Blow Hole di Bicheno Beach.
2. Menikmati keindahan Bay of Fires.
3. Ke Launceston, bandar kedua terbesar di Pulau Tasmania selepas Hobart City.
4. Bermalam di suburb berdekatan kawasan Univ of Tasmania kampus Launceston.
5. Menambah stok bekalan di bandar Launceston di Coles dan Woolworths.

Hari 5
1. Bertolak ke Hillwoods Strawberry Farms. Harga sekilo dalam 10 AUD. Kami diberikan 1 timba kecil untuk mengisi buah sewaktu memetik strawberry di sini. Strawberry lebih manis dan besar berkali ganda berbanding di Cameron Highlands.
2. Sambil petik sambil makan. Jangan pergi semata-mata makan percuma, sebagai tanda ‘courtesy’, belilah walaupun 1 timba kecil sebagai tanda sokongan terhadap industri mereka. Ada juga gerai yang menjual produk yang sudah diproses serta kafe yang menyediakan pancake berperisa strawberi.
3. Bertolak ke Cataract Gorge.
4. Cataract Gorge adalah satu tempat yang sesuai untuk berkelah. Ada kolam renang besar buatan manusia dan sungai semula jadi dalam satu kawasan. Memang ramai orang datang khususnya pada hari minggu.
5. Haiwan di sini dibiarkan liar tanpa diganggu seperti wallabies, burung merak dan lain-lain.
6. Bertolak ke Devonport. Anda boleh melihat pelabuhan, dan di sini adalah tempat kapal Spirit of Tasmania berlabuh. Kebiasaannya perjalanan dari Melbourne ke Devonport mengambil masa 8 jam dengan menaiki Spirit of Tasmania.
7. Bermalam di Abel Tasman Caravan Park.

Hari 6
1. Bertolak ke Cradle Mountain National Park.  Ia merupakan National Park paling popular di Tasmania dan menjadi tempat yang wajib anda kunjungi di Tasmania.
2. Pada penghujung November hingga Disember, National Park ini akan dihiasi Bunga Waratah, simbol bagi negeri New South Wales (Sydney).
3. Tarikan yang terdapat di sini: Dove Lake, Lake Lilla, Snake Hills, Rone Creek
4. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat bertemu Wombat liar kerana National Park ini adalah habitat asalnya.
5. Bermalam di Lake Barrington Campsite.

Hari 7
1. Sunrise di Lake Barrington.
2. Bertolak ke Tasmazia, The Promised Land (25 AUD seorang).
3. Bertolak ke Zeehan Caravan Park.

Hari 8
1. Bertolak ke Lake St Clair, tasik terbesar dan terdalam di Tasmania. Hati-hati kerana ada banyak ular di sini. Papantanda amaran memberitahu hal yang sama turut diletakkan di sini.
2. Seterusnya ke Mount Field National Park.
3. Kembali menuju ke arah Hobart City. Terus ke Mt Wellington atau dalam bahasa Aborigin dipanggil Kunanyi.
4. Kenderaan boleh sampai sehingga ke puncak dan anda dapat melihat bandar Hobart yang serba indah dikelilingi bukit, gunung dan laut.
5. Bermalam di Hobart.

Hari 9
1. Ronda Hobart City, tetapi disarankan menaiki Public transport sahaja kerana Campervan kurang sesuai dipandu dalam kawasan bandar.
2. Tarikan: Salamanca Market, Hobart City.
3. Ada beberapa kedai halal di sini contohnya India Cuisine yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.
4. Terbang kembali ke Sydney.

Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Muirs Beach, tempat yang sesuai untuk sunset setelah berpenat seharian trekking di Wineglass Bay.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
6 orang bujang di Bay of Fires.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Memetik strawberi di Hillwoods Farm. Cuma drive sejauh 30km dari Launceston untuk ke ladang ini.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Om nom nom strawberi lagi.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Kafe yang menyediakan menu berasaskan strawberi segar dari ladang.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Om non nom part 2.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Cataract Gorge, tempat berkelah bagi warga Launceston.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Cradle Mountain National Park, walaupun musim panas namun cuaca di sini sekitar 12-15 Celsius.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Bunga Waratah, symbol bagi negeri New South Wales
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Enjoy the view!

Perbelanjaan (per orang)
Campervan Hertz 9 hari – 194$
Insurans Campervan full – 50$
Ferry ke Bruny Island – 10$ (65$ per campervan saiz besar, harga berubah mengikut saiz kereta)
Tasmazia – 25$ per orang
National Park Pass – 10$
Makan dan grocery – 40$
Minyak petrol – 40$
Campsite – 80$ (8 malam, campsite charge per head dalam 10 Aud / night)
Perkiraan adalah berdasarkan perkongsian 7 orang

Nota
1. Cenderahati boleh dibeli di Hobart dan Launceston City.

2. Flight boleh turun sama ada di Hobart atau Launceston dan kebanyakkan penerbangan mudah didapati dari Sydney atau Melbourne melalui Jetstar Airlnes. Promo penerbangan pergi balik dalam 100 AUD, namun harga normal tanpa promo adalah 180 AUD pergi balik (harga lebih kurang saja antara dari Sydney dan Melbourne).

3. Ayam halal yang terdapat di sini berjenama Steggles. Kesemuanya halal.

4. Microwave, soket dan heater memerlukan power source untuk digunakan. Manakala dapur, air paip boleh digunakan tanpa power source.

5. Air paip perlu diisi semula apabila hampir habis dan air bekas basuhan boleh dibuang di Campsite. Campsite menyediakan kesemua keperluan untuk anda.

6. Liputan talian telefon di Tasmania amat terhad untuk Vodafone dan Optus, hanya terdapat di Hobart dan Launceston sahaja. Liputan talian Telstra lebih baik di seluruh Tasmania.

7. Tidak disarankan menggunakan tandas dalam campervan untuk keselesaan bersama. Tandas boleh digunakan untuk simpan beg kerana ruang sangat sempit untuk tinggal seramai 6-7 orang dalam satu van.

8. Harga minyak dalam 1.10 Aud hingga 1.30Aud.

9. Apabila sewa kenderaan di Australia, pastikan beli insurans yang full covered walaupun berharga 40$ per hari kerana jika terlibat dalam kemalangan (hatta kemalangan kecil), anda ada liability sehingga 9,999$ untuk kos membaiki.

10. Biasakan dengan pemanduan yang berhati-hati kerana Tasmania dipenuhi haiwan liar dan jalan yang begitu berbukit dan berliku. Elakkan pemanduan malam kerana suasana yang amat gelap.

11. Diwajibkan membeli National Park Pass yang berharga 70$ untuk kesemua National Park bagi satu kenderaan. Elakkan disaman Ranger di Tasmania. Free Shuttle di Cradle Mountain untuk kenderaan yang membeli pass ini.

12. Itinerari ini berdasarkan musim panas. Boleh rujuk #JodohkuDiTassie di Instagram dan Facebook untuk video. Untuk video musim sejuk boleh rujuk #3TourTasmania

13. Ada beberapa tarikan tambahan yang boleh anda lawati seperti Cadbury World, Wall of Jarusalem National Park, Stratgordon, The Nut Stanley dan Burnie.

Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
That reflection though.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Di Rone Creek, trekking untuk mencari Wombat di sini.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Tasmazia, Tempat ini mempunyai banyak Maze untuk dicuba, jangan sampai tersesat sudah.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Mt Wellington di Hobart ketika di puncak.
Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan
Pemandangan bandar Hobart dari Mt Wellington.

Jelajah Pulau Tasmania Di Australia Selama 9 Hari, Ini Itinerari DIY Kami Untuk Rujukan

Selain daripada pemandangan menarik, Tasmania juga sebenarnya menawarkan tarikan lain iaitu Aurora Australis (Northern Lights). Baca perkongsian seorang rakyat Malaysia yang gemar merakam cahaya indah ini: Minat Dorong Zul Kejar Dan Rakam Lebih Seribu Gambar Aurora Australis Di Australia.

Untuk penerbangan terus ke Sydney dan Melbourne anda boleh semak di Malaysia Airlines.