Sebentar tadi Proton telah mendedahkan nama jenama kenderaan elektrik (EV) terbaharu mereka yang dikenali sebagai ‘Proton e.MAS’.
Menurut pengeluar kereta tempatan itu, akronim itu bermaksud Electrifying Malaysia — penggabungan simbol ‘e’ kecil bermaksud EV, manakala MAS pula singkatan kepada negara Malaysia yang digunakan seluruh dunia.
Proton tidak mendedahkan sebarang model kereta EV baharu semasa pengumuman tadi. Bagaimanapun, menurut portal Paultan.org, kereta EV itu bakal dibangunkan daripada model Geely Galaxy E5.
Dalam masa sama, Proton telah melantik 17 pengedar pertama untuk Proton e.MAS dan merancang untuk menaikkan angka itu menjadi 30 pengedar menjelang tahun 2025 kelak.
Sama-sama kita nantikan perkembangan terkini daripada Proton dan Proton e.MAS pada masa akan datang.