Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Zainal Abidin Abd Majid menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) memperhalusi garis panduan penyertaan jenama besar di bazar Ramadan.
Menurut beliau, langkah itu bagi melindungi kebajikan peniaga kecil, serta memelihara platform ekonomi golongan B40 dan usahawan mikro di bazar Ramadan, petik MalaysiaKini.
Baca Juga:
- Padah Berniaga Pakai Selipar, Peniaga Bazar Ramadan Kena Denda RM300

- Peniaga Dedah Sebab Lebih Gemar Ambil Pelajar IPT Sebagai ‘Part Time’ Di Bazar Ramadan

- Peniaga Kecil ‘Tergugat’ Jenama Besar Sertai Bazar Ramadan, Ini Respon Pedas Pengguna

“GPPPKMM tidak menolak persaingan sihat dalam perniagaan.
“Namun begitu, kehadiran jenama berskala besar yang mempunyai kekuatan modal, jenama kukuh serta keupayaan pemasaran yang tinggi berpotensi mewujudkan ketidakseimbangan persaingan.
“Ini boleh memberi tekanan kepada peniaga kecil yang bergantung sepenuhnya kepada musim Ramadan untuk menampung kos sara hidup dan modal pusingan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
GPPPKMM melontarkan cadangan agar PBT memberikan keutamaan kepada peniaga kecil tempatan dalam proses permohonan tapak bagi menangani isu tersebut.
Pihak berkuasa wajar mewujudkan kuota atau zon khas bagi jenama besar yang ingin turut serta supaya tidak menjejaskan peluang penjaja kecil.
“Pihak berkuasa tempatan perlu memperhalusi garis panduan penyertaan agar keutamaan diberikan kepada peniaga kecil tempatan.
“Pada masa yang sama, peniaga kecil digalakkan untuk meningkatkan daya saing mereka melalui aspek kualiti, kebersihan, pembungkusan dan penggunaan teknologi pembayaran digital,” katanya lagi.