Negara dikejutkan dengan berita yang mengatakan salah satu pengeluar kereta tempatan iaitu Perodua diberi tawaran untuk menaja salah satu kelab EPL iaitu Manchester United.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin mendedahkan perkara itu apabila ditanya mengenai minat syarikat itu dalam penajaan bola sepak, khususnya dalam kancah tempatan.

Baca Juga:

Manchester United Datang Dengan Tawaran

“Baru-baru ini, saya tidak tahu sama ada saya perlu mengatakan ini, tetapi saya menerima surat daripada Manchester United yang bertanya sama ada mereka boleh memaparkan logo Perodua pada baju mereka dan sama ada kami boleh menaja mereka.

“Saya biasanya tidak mengatakan ini secara terbuka, tetapi saya penyokong Arsenal. Jika saya berbuat demikian, ia tidak adil kepada Arsenal.

“Tetapi itu hanyalah contoh orang yang menghulurkan sokongan kami dalam bola sepak. Seperti yang saya katakan, kita akan mempertimbangkannya, khususnya di Malaysia,” kata Asmat.

Manchester United
Kredit Foto: REUTERS/Dylan Martinez

Syarikat US Pernah Taja Manchester United

Sebelum ini, Manchester United pernah ditaja oleh syarikat pengeluar kereta antarabangsa dari Amerika Syarikat.

Pada 2012, kelab itu menandatangani perjanjian dengan General Motors yang menyaksikan logo Chevrolet diletakkan di hadapan jersi pasukan.

Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian selama tujuh tahun dimana Chevrolet menggantikan Aon sebagai penaja sebelum ini.

United telah mendedahkan bahawa GM membuat komitmen sehingga AS$559 juta sepanjang perjanjian itu. Syarikat itu akan membayar United AS$70 juta pada musim 2014/15, dengan sumbangan tahunannya meningkat sebanyak 2.1 peratus setiap tahun sehingga akhir 2020/21.

Ini akan mengikuti perjanjian perkongsian kereta GM dengan kelab untuk Chevrolet, yang mana ia akan membayar AS$18.6 juta tahunan pada 2012/13 dan 2013/14.

Sekiranya Perodua benar-benar serius mahu menjadi penaja United, maka syarikat itu perlu mengeluarkan dana yang besar selain memastikan produk yang dimiliki dapat dijual dengan skala yang besar.