Jersi sangat penting kepada setiap kelab dan setiap kelab mesti akan mempunyai penaja utamanya. Di persada Eropah, penajaan pakaiaan penting sebagai salah satu sumber keewangan untuk kelab.

Sebagai contoh, Chelsea sebelum bermulanya musim 2017/2018, mereka telah menerima tawaran tajaan yang hebat daripada Nike. Nike telah mengikat Chelsea selama 15 tahun dengan nilai 60 juta pound setahun. Ianya satu tawaran yang sangat besar sehinggakan mereka membatalkan kontrak yang sebelum ini bersama Adidas, 6 tahun lebih awal.

Persoalan di sini adalah di peringkat liga ternama Eropah, jenama sukan manakah yang mendominasi liga terbaik Eropah? Laman Planeta Fobal membuat carta bergambar untuk memudahkan kita melihat jenama mana yang mendominasi setiap liga.

1. English Premier League (EPL)

1. EPL

Puma paling banyak menaja pasukan untuk EPL musim ini (5 pasukan) dan diikuti Nike (4 pasukan).

2. LaLiga

2. La Liga

Adidas unggul di bumi Sepanyol dengan 5 tajaan kelab. Jenama sukan dari Sepanyol, Joma di tempat kedua dengan 4 pasukan.

3. Bundesliga

3. Bundes

Total control oleh Nike dengan 6 pasukan. Adidas di tempat kedua dengan 3 pasukan.

4. Serie A

4. serie a

Jenama berasal dari Itali, Macron mendominasi penajaan kelab di Serie A dengan 4 kelab. Penajaan kelab di Serie A lebih sekata kerana banyak jenama sukan berasal dari Itali.

5. Ligue 1

5. ligue 1

Nike mendahului penajaan jersi di liga Perancis. Dengan kehadiran Neymar, ianya pasti akan merancakkan lagi jualan jersi kelab PSG, salah satu kelab yang ditaja Nike.

Penajaan ini hanya melibatkan penajaan jumlah kelab dan bukannya nilai penajaan. Nilai penajaan untuk setiap kelab semestinya berbeza. Kita ambil contoh di Serie A. Walaupun Adidas cuma menaja dua kelab (AC Milan dan Juventus), tetapi nilai yang diberi untuk tajaan adalah sekitar 20 juta Euro semusim. Nilai tajaan Macron untuk kelab Lazio pula hanya 3.2 juta Euro untuk semusim.

Begitulah perbandingan tajaan jersi untuk setiap pasukan liga utama di Eropah. Untuk musim ini, adakah anda berpuas hati dengan rekaan jersi pasukan kegemaran anda? Belilah jersi original pasukan yang anda sokong kerana sedikit sebanyak dapat bantu kelab kegemaran anda dalam melariskan jualan jersi. Kalau anda beli yang ciplak, towkeh cetak rompak yang untung.

Sumber