Pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengumumkan jendela perpindahan kedua bagi saingan musim ini telah dibuka dan kelab bertanding boleh membawa masuk pemain baharu.
Tempoh pendaftaran kedua bagi saingan Liga Malaysia kini dibuka selama 4 minggu bermula 26 Ogos 2024 hingga 22 September 2024 bagi memberikan laluan kepada kelab memperkasakan pasukan masing-masing.
Baca Juga:
- Nidzam Jamil Akui Kecewa, Tidak Gembira Dibelasah JDT
- JDT Belasah Selangor, Julang Piala FA Kali Keempat
- Tunku Ismail: Nak Sertai Kalau Diiktiraf FIFA
📝 TEMPOH PENDAFTARAN PEMAIN LIGA MALAYSIA 2024-2025
Tempoh pendaftaran kedua kini dibuka selama 4 minggu bermula hari ini, 26 Ogos 2024 hingga 22 September 2024.#LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/5bQjFQszFZ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 26, 2024
Setakat ini, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa masuk pemain import baharu sebelum jendela dibuka dan kini pemain yang dibawa oleh kelab masing-masing boleh didaftarkan dan beraksi dalam saingan liga.
Selangor sebelum ini membawa masuk pemain sayap skuad kebangsaan Jordan, Ali Olwan sebagai pemain import ke-9 pasukan. Naib juara Piala FA itu dijangka membawa masuk beberapa pemain lagi bagi memperbaiki kelemahan yang ada.
Bagi JDT, mereka menandatangani empat pemain import baharu iaitu Enzo Lombardo, Eddy Pascual Israfilov, Iker Undabarrena dan penjaga gol iaitu Christian Abad.
Selain dua pasukan di atas, pasukan lain dijangka membawa masuk pemain baharu terutamanya kelab yang sedang bergelut di kelompok bahawan calam carta Liga Super.
Setiap pasukan dalam Liga Super boleh mendaftarkan 9 pemain asing, tetapi hanya 6 pemain import boleh diturunkan pada satu-satu masa. Enam pemain import mestilah terdiri daripada 4 pemain asing, 1 pemain Asia, dan 1 pemain ASEAN. Hanya 1 pemain import boleh berada di bangku simpanan. Kelab yang menyertai ACL Elite, ACL Two dan/atau ACGL dibenarkan mendaftarkan 10 pemain asing.