Jepun tidak akan mengiktiraf negara Palestine buat masa ini, keputusan yang mungkin diambil untuk mengekalkan hubungan dengan Amerika Syarikat.
Beberapa negara, termasuk di Britain, Perancis, Kanada dan Australia, berkata mereka akan mengiktiraf negara Palestine pada Perhimpunan Agung PBB bulan ini.
Baca Juga:
- SPM Raih 10A, Pelajar Tahfiz Curi Tumpuan Fasih Cakap Bahasa Jepun Dengan Ayahnya

- ‘Buat Di Malaysia Tapi Tiada Jual Di Sini’ – Warga Tempatan Mencari Baju Popular Jepun Ini

- Statistik: Agama Islam Paling Pesat Berkembang Di Jepun Sejak 2024

Amerika Syarikat Desak Jepun
AS telah mendorong negara itu untuk tidak mengiktiraf Palestine melalui beberapa saluran diplomatik.

Manakala Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot telah mendesak rakan sejawatannya untuk mengiktiraf negara itu.
Negara Matahari Terbit itu telah menjalankan “penilaian menyeluruh mengenai isu mengiktiraf kenegaraan Palestine,” kata Menteri Luar Takeshi Iwaya.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi, jurucakap tertinggi kerajaan menyatakan serangan darat Israel ke atas Gaza adalah satu “krisis yang teruk”, dengan mengatakan “asas penyelesaian dua negara boleh runtuh”.
Dia menggesa Israel untuk “mengambil langkah substantif untuk menamatkan krisis kemanusiaan yang teruk, termasuk kebuluran, secepat mungkin”.