Menyedari kesukaran yang dihadapi orang ramai susulan keadaan jerebu yang memaksa ramai individu bekerja dari rumah (WFH) dan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian, syarikat penyedia perkhidmatan internet, TIME, mengumumkan penawaran peningkatan kelajuan internet secara percuma kepada pelanggan yang layak sehingga 31 Oktober 2026.

Menerusi inisiatif ini, kelajuan pelan bagi pelanggan yang melanggan pakej 200Mbps dinaikkan secara automatik kepada 300Mbps. Manakala pengguna pelan 600Mbps pula akan menikmati peningkatan kelajuan sehingga 800Mbps tanpa sebarang cas tambahan.

Menerusi hantaran media sosial TIME, tiada sebarang pendaftaran khas atau borang permohonan yang perlu diisi oleh pelanggan.

Peningkatan kelajuan percuma ini sah sehingga 31 Oktober 2026. Selepas tarikh berkenaan, kelajuan internet pelanggan akan kembali kepada pelan asal secara automatik.

Bagi pelanggan yang berhasrat untuk mengekalkan kelajuan tinggi tersebut secara kekal, mereka boleh membuat mengemaskini pelan pada bila-bila masa menerusi aplikasi atau portal Self Care.

Dalam pada itu, pihak TIME turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan, minum air yang cukup, dan mengurangkan aktiviti di luar rumah sepanjang tempoh jerebu ini.

Sumber