Jika beberapa hari yang lalu rakyat Malaysia menerima berita baik mengenai penangguhan bayaran bank selama 6 bulan serta pengecualian memperbaharui lesen memandu dan road tax, kini beberapa lagi berita baik telah diumumkan pihak kerajaan.
Bersempena dengan pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi mengenai Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat, pihak kerajaan turut mengumumkan penawaran internet percuma yang bakal ditawarkan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Berdasarkan pengumuman yang dikongsikan syarikat telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi dan U-Mobile bakal menawarkan internet percuma sebanyak 1GB bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari buat semua pelanggan prabayar dan pascabayar.
Penawaran internet percuma yang bakal menelan belanja sebanyak RM600 juta ini sekaligus bakal memberi kemudahan kepada rakyat semasa tempoh PKP berlangsung.
Kerajaan juga turut mengumumkan pengecualian lesen mamandu dan road tax sepanjang tempoh PKP berlangsung.
Kerajaan Umum Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Sepanjang PKP
BNM Umum Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Secara Automatik Selama Enam Bulan