Kelab Austria, TSV Hartberg menjadi bualan peminat bola sepak di media sosial selepas mereka melancarkan jersi bagi musim baharu.
Kelab itu menjadi bualan bukan kerana rekaan jersi baharu mereka, tetapi untuk jumlah penaja yang dipamerkan.
Baca Juga:
- ‘Pundit’ Indonesia Dakwa Malaysia Digantung FIFA Sampai 2027

- ‘Here We Go’, Marcus Rashford Sertai Barcelona

- Gabriel Palmero – ‘Nenek Saya Orang Malaysia’

Jersi TSV Hartberg Penuh Dengan Penaja
Jersi baharu Hartberg mempunyai jumlah logo penaja yang lain dari jersi kebiasaan.

Ia mempunyai 17 penaja di hadapan baju, 5 lagi di hadapan seluar pendek, dan 1 tambahan pada stokin.
Jersi baharu kelab itu dihasilkan oleh Adidas akan tetapi hampir tidak kelihatan – reka bentuk hampir sepenuhnya dilindungi oleh sejumlah besar penaja baju.
Jersi away Hartberg mengekalkan corak yang sama, kali ini dalam warna putih & hitam dan mempunyai jumlah penaja yang sama.

Ketepikan jenaka di media sosial, strategi ini amat bermakna (kewangan) untuk kelab, yang terletak di bandar kecil Hartberg, dengan 6,700 penduduk, di barat daya Austria, kira-kira sejam dari Graz.
Di sebalik kritikan mengenai rupa, kelab melihat kit sebagai penyelesaian yang mampan untuk menjadikan dirinya berdaya maju dari segi ekonomi.