Jesse Lingard mungkin baharu berusia 32 tahun dan kariernya dilihat masih panjang dalam pentas bola sepak kompetitif walaupun kini hanya beraksi di Korea Selatan.

Melihatkan kepada keadaan tersebut, beliau yang kini bersama FC Seoul sudah mempunyai perancangan awal sekiranya mengambil keputusan untuk bersara.

Baca Juga:

Namun, perancangan yang sentiasa bermain di minda Lingard mungkin membuatkan ramai terkejut.

Hal ini kerana pemain jentera serangan yang pernah menyarung jeresi skuad kebangsaan England itu adalah untuk terjun ke bidang lakonan.

Jesse Lingard
Soccer Football – Premier League – West Ham United v Manchester United – London Stadium, London, Britain – September 19, 2021 Manchester United’s Jesse Lingard in action with West Ham United’s Aaron Cresswell REUTERS/David Klein

Lakonan Impian Baharu Jesse Lingard

Malah menurut sumber laporan Goal, Lingard turut berharap agar beliau mendapat peluang untuk dipanggil sebagai ‘cameo’ di mana-mana drama korea (K-Drama).

“Saya selalu memikirkan untuk terjun ke dunia lakonan. Saya mengatakan kepada semua pemain bola sepak bahawa jangan hanya bergantung pada bola sepak sahaja.”

“Jika ada pelaburan yang boleh dibuat yang selamat dan anda mempunyai orang yang baik di sekeliling untuk melakukannya, maka buatlah,” ujar Jesse Lingard menurut sumber laporan Goal.

Jesse Lingard
LIngard kini bergelar kapten FC Seoul. Kredit Foto: Facebook Jesse Lingard

“Jika anda mahu menceburi bidang hartanah, lakukanlah. Jangan takut. Perkara sosial perlu dilakukan pada masa yang tepat dan saya rasa itu yang membuatkan saya terlekat kadang-kadang.”

“Jika dilihat semula, saya boleh nampak itu. Saya tak pasti kalau saya perlukan kelas lakonan, tetapi mungkin bantuan dengan mengingati skrip dan perkara seperti itu. Saya rasa saya perlu mula sekarang (menguasai bidang lakonan).”

“Sejujurnya, saya sedang cuba buat sesuatu di sini untuk dapatkan peluang di sebuah rancangan, atau sesuatu. Mungkin satu penampilan ‘cameo’,” tambah Lingard lagi.

Sumber