Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard tidak berpuas hati dengan kualiti padang yang dimiliki oleh kelab yang beraksi dalam saingan Liga Korea.
Lingard yang beraksi bersama FC Seoul menjadi pemain terbaru yang mengkritik kualiti padang terutama padang yang digunakan sebagai home bagi kelanya iaitu Stadium Piala Dunia Seoul.
Baca Juga:
- ‘Indonesia Patut Nombor Satu’ – Justin Hubner
- Justin Hubner Anggap Malaysia Tidak Setaraf Dengan Indonesia
- Warga Indonesia Serang Instagram Josh Brownhill
Jesse Lingard has joined the criticism of the pitch at Seoul WC Stadium: "In the Premier League, you don't have to worry about whether the ball will reach your feet properly. But here, you have to think about that first. Good pitches are crucial for good football." #kleague pic.twitter.com/XcVUN3PddF
— Korea Football News (@KORFootballNews) September 29, 2024
“Di Premier League, anda tidak perlu risau sama ada bola akan sampai ke kali anda dengan betul. Tetapi di sini (Korea) berbeza.
“Di sini anda perlu berfikir adakah bola akan sampai ke kaki anda atau tidak setiap kali beraksi. Padang yang bagus penting untuk anda bermain bola sepak dengan cara yang betul,” katanya.
Sejak beraksi bersama FC Seoul pada Februari lalu, Jesse Lingard telah dipilih sebagai ketua pasukan dalam beberapa perlawanan dan membantu kelab itu menduduki tangga kelima dalam carta liga.
Seoul kini mengutip 50 kata, lapan mata dibelakang pendahulu iaitu Ulsan HD yang dibimbing oleh Kim Pan-gon dan mereka masih berpeluang untuk bersaing bagi merebut kejuaraan.
Enam pasukan teratas akan mara ke pusingan akhir A dimana pasukan di tempat ke-1-6 bermain sesama sendiri sekali dalam tempoh lima minggu perlawanan untuk menentukan juara liga dan tempat Liga Juara-Juara AFC (1-3 dalam liga).
Pasukan tempat ke-7-12 bermain sesama sendiri sekali dalam tempoh lima minggu perlawanan untuk menentukan siapa yang akan diturunkan ke Liga K 2.
“Pemenang” pusingan akhir B menduduki tempat ke-7 dalam kedudukan keseluruhan musim tanpa mengira jumlah mata berbanding mereka dalam Pusingan Akhir A Pasukan tempat ke-12 diturunkan secara automatik manakala pasukan tempat ke-11 akan bermain siri playoff dua kali dengan pemenang playoff Liga K 2.