Pengurus FC Seoul, Kim Ki-dong berhasrat untuk mengeluarkan nama Jesse Lingard dari skuad utama selepas beliau kecewa dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain itu.
Lingard menjadikan Liga Korea sebagai destinasi terbarunya dan beliau telah beraksi beberapa perlawanan dalam saingan liga domestik.
Baca Juga:
- Pengurus FC Seoul Label Jesse Lingard Sebagai Pemalas
- 50 Ribu Penyokong Hadir Saksikan ‘Home Debut’ Jesse Lingard Di Liga Korea
- TERKINI: Jesse Lingard Semakin Hampir Sertai Kelab Korea
Akan tetapi, pemain berusia 31 tahun itu mendapat kritikan dari pengurus pasukan dimana sebelum ini Ki-dong melabel bekas pemain Manchester United itu sebagai pemalas kerana seolah-olah mengelak untuk terlibat dalam duel ketika perlawanan sedang berlangsung.
“Walaupun dia masuk sebagai pemain gantian, dia tidak bekerja keras dan selalu mengelak ketika ada pertembungan. Namanya yang mungkin ada nilai tidak bermakna apa-apa di atas padang. Saya akan beritahu perkara ini kepada dia,” katanya.
🚨🚨🎙️| Kim Ki-dong (FC Seoul manager):
"I've been thinking a lot about removing Jesse Lingard. I don't think a player who doesn't run for a few minutes is a football player."
"If he doesn't fight, and doesn't run better than the player who runs for 90 minutes? If you're… pic.twitter.com/IW9zGevD2H
— CentreGoals. (@centregoals) March 31, 2024
Ki-dong seolah-olah sudah hilang sabar dengan pemain yang pernah beraksi dengan skuad kebangsaan England itu dimana beliau mahu mengeluarkan nama Lingard dari senarai skuad utama dengan alasan pemain itu tidak menunjukkan komitmen penuh ketika sesi latihan dan hari perlawanan.
“Saya telah berfikir tentang mengeluarkan nama Jesse Lingard. Saya tidak fikir pemain yang tidak berlari selama beberapa minit adalah pemain bola sepak.
“Apa bezanya jika dia tidak berjuang dan tidak berlari? Adakah dia lebih baik daripada pemain yang berlari selama 90 minit? Jika anda bermain bola sepak hanya atas nama, bukankah anda patut mengambil pemain yang telah bersara?
Pemain berusia 31 tahun itu, yang dilepaskan oleh Nottingham Forest pada penghujung musim sebelumnya, menyertai kelab Korea Selatan itu pada Februari. Setakat ini dalam musim baharu Liga korea, FC Seoul hanya memenangi satu daripada empat perlawanan pertama, menjadikan detik yang amat mencabar bagi Lingard.